Select Page

Pasar malam di Bangi ok kan gaisss?

Sekadar nk jelaskan pd bipoti yg berniaga pasar kenapa pasar malam makin sendu dan sendu.

Bukan salah jin, bukan salah setan dan bukan salah bomoh.

Nk bg alasan salah rafizi squidward pun x blh jgk.

1. Harga bg sesetengah barang jualan hampir menyamai harga dikedai makan masakan panas, malah ade yg lebih mahal. Contoh nasi goreng rm4.50-6.00, rasa muak, kosong dan mcm nk pedajal pembeli, ayam dan sayur ade tu x wujud langsung dlm nasi goreng lepas kita bukak bungkusan dirumah. Klu harga camtu baik org mkn kt kedai tomyam dan kedai biasa je jauh lg sedap dan berkualiti masakannya.

2. Harga air balang rm3-6, hat ni betul2 mengarut. Milo pun campur serbuk koko, air soya rasa gula dan ais je lebih. Klu air yg ade lemon tu x rase mana pun lemon, pewarna biru saja lebih.
3. Bagi yang jual makanan bergoreng banyak yang jual balik makanan yang x habis berhari2 dengan menggoreng semula, contohnye nugget, sosej, bebola, karipap, keropok lekor, pisang goreng dan lain2. Bila gigit sangat berminyak dan isinya berbau.
4. Rasa yang x sedap, size hidangan yang kecik dan x padan dengan harga yang dibayar. Contoh nasi beriyani ayam rm10 ke atas, rasa x sedap dan size hidangan yg kecik. Baik aku beli nasi arab je kalau dh harga camtu.
5. Penyediaan yang kotor dan menggelikan pembeli, dgn bekas yg ade lumut hitam, peniaga pulak kejap2 main korek hidung, sapu2 mulut, sapu muke, baju kotor dan berkeladak dan seangkatan dgnnya.
6. Kurang adab bila orang tanya harga jawab mcm nak ajak bertumbuk. Dan liat nak senyum. Kalau aku pun xnk beli dgn muke gedebe 24jam camtu.
7. Kalau yg jual roti john pulak harga mcm biasa xnak kalah dgn brand2 yahudi mabok, contohnya roti john nk nmpk meriah ditaburnya sos2 cap ayam banyak2 bila orang makan x rasa ayam dan telor pun. Bila kikis suma sos kantoi telor senipis kertas a4 dan ayam secubit dua.
8. Orang tanya hrga terus memandai2 bungkus, bila orang tak nak beli sbb x berkenan dgn harga terus buat muka nak mengamuk. Ko gila ke apa orang baru tanya terus memandai bungkus siap2 dan hulur?
Peniaga pasar ni kalau boleh jangan terlebih cerdik sgt suka bagi alasan “kalau mekdi, kfc, stabak, restoran2 dlm mall boleh jual mahal xkan kami peniaga xleh jual harga camtu?”.
Korang kene faham, pasar malam ni konsep dia jualan berdasarkan kuantiti pembeli yg ramai bukannya jualan yang menfokuskan untung setiap unit.
Sbb tu dulu bila sebut pasar malam konfirm ramai org terfikir harga mesra rakyat dan berbaloi dan org boleh beli banyak2.
Skg tgk gaya dah x mcm tu, org pun makin cerdik dan fikir “baik aku makan kt kedai tomyam lagi jimat dan berbaloi”.
Hat kedai2 yahudi mabok jual mahal tu korang tgk la kedai masing2 cmne.. ade ekon, dapur masing2 kemain dipenuhi dgn perkakas yg mahal dgn pekerja yg ade s.o.p bagai dan konsisten bersih dan selese jadinya ada alasan kukuh kenapa dorg boleh letak harga tinggi.
Sekadar menulis karangan dipetang hari ketika sedang menunggu oda grab. Nak tido dlu, babai.
“sumber gambar Kosmo Digital”.
P/s:
Sebelum tu, min harap tiada yang berbalah disebabkan posting ini. Ini adalah pendapat individu itu sendiri. Cuma harapan min adalah setiap pembaca yang membaca ini akan dapat mengambil iktibar kerana ianya bukanlah bagi semua peniaga. Tetapi hanya sesetengah yang tidak jujur dan ikhlas dalam berniaga. Semoga kita semua akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan hak masing-masing.