Select Page

Puan isteri ada cari posting2 terdahulu kat group ni katanya ada tauhu bergedil padu dan pernah viral. Lokasi kat tapak penjaja Seksyen 9 Bangi sebelah EcoRM2. Kalau ikutkan kiosk ni je la yang ada kat situ 😅

Tak tau la yang ni ke yang viral hari tu, tapi boleh tahan sedap gak tauhu bergedil dia. Mujur la dia kata awal2 bukan sambal kicap Johor 😂

Sebab sambal kicap Johor lagi pekat dan pedas berdesing 😍

Sambal mama dia katanya, tapi boleh tahan pedas. Beza sikit ngan sambal kicap Johor tapi layan tetap layan 😍👍

Then inti daging dia banyak bhai. Aku perati je bila Jasmeen makan inti daging dia, dia tinggalkan lapisan nipis kulit tauhu di luar. Mungkin sebab aku amik tu extra beef set so banyak la isi daging dia. Memang sedap dan puas makan 😁😍👍

Aku harap betul la tauhu begedil viral ni la yang kami cari. Kalau tak, tak pasal2 kang puan isteri ajak pusing cari sampai dapat 😂 Apa2 korang roger je Zon Ideologi Makan 😂😍

Lokasi kedai:
Tauhu Bergedil by Bergedilux
Tapak Penjaja Seksyen 9 Bangi

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/tdT1WK4ZGHRfgmna9

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali ISNIN
Dari pukul 12TGH hingga 6PM