Select Page

Actually Nasi Lemak Wak Kentut ni ada banyak cawangan especially di Johor. Even kat Kajang sahaja pun ada 2. Satu kat foodcourt Bangi Square Jalan Reko dan satu lagi baru dibuka kat ruang legar bahagian luar Plaza Metro Kajang.

Unik nama nasi lemak dia ni tapi rasa dan portion dia padu bhai. 1st time aku dan family cuba hari tu. Ada beberapa jenis nasi lemak yang boleh korang cuba antaranya seperti :

• Nasi Lemak Biasa
• Nasi Lemak Ayam
• Nasi Lemak Ayam Special (telur mata)
• Nasi Lemak Sambal Sotong
• Nasi Lemak Sambal Kerang

Pada aku la portion dia boleh untuk 2 orang makan. Tu untuk perut kami la. Hari tu kami order 2 set nasi lemak cukup untuk kami tiga beranak makan. Nasi banyak, kerang dia besar2, ayam besar dan rangup. Even kacang dan timun pun dia bagi lebih.

kopi saigon untuk penggemar kopi

Uniknya bagi kami dia punya sambal sotong. Sambal sotong dia ada kacang. Aku pernah makan sambal sotong versi ni tapi masa kecik2 dulu la. Sekarang memang susah nak jumpa orang jual sambal sotong versi ni. Sotong banyak tu satu hal, then lembut plak tu. Sotong dia tak liat. Rasa sambal dia tak pedas dan pada aku budak2 boleh makan.

 

www.wasap.my/60193916918/nakNLWK

(Cawangan Metro Kajang)
Jln Tun Abdul Aziz, Seksyen 1,
43000 Kajang, Selangor

 

Google Maps

 

Waktu Operasi
Dari 9AM hingga 10PM

***********

(Cawangan Bangi Square)
7525, Jalan Reko,
Taman Perindustrian Kajang,
43650 Kajang, Selangor
Waktu Operasi
Dari 11AM hingga 11PM