Select Page

Nasi Lemak TJA dah start meniaga balik gais. Setahun gak la dorang tak meniaga sebab takde tapak. La ni dorang dah buka kedai kat area Reko Sentral gak, setentang ngan KK Mart 😍

Aku panggil nasi lemak mengantuk. Dia punya tahap mengantuk lepas makan tu kalah tipis je ngan nasi lemak mak aku 😂

Daripada tekstur nasi lemak dia tu, korang boleh agak berapa banyak santan yang dia guna. Then dia guna santan ori tau, bukan santan kotak. Pastu dengan portion nasi macam 2 orang makan, mau tak tersandar korang 😂

Kalau korang tapau, korang boleh tengok macam nak terkoyak kertas bungkus nasi tu 😂

english breakfast Nellish Coffee

Nasi Lemak TJA ni ada 2 jenis je:
• Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah 1/4 (RM8)
• Nasi Lemak Burung Puyuh (RM9-RM10 ikut saiz)

Walaupun dorang asal Kelantan, tapi sambal dorang tak manis dan pedas 😍

Dah lah sambal dorang ada ikan bilis, then dorang bagi lagi ikan bilis goreng dan kacang. Telur ayam rebus dia bagi sebiji. Ini baru real Nasi Lemak 😂

Nasi Lemak Hunter korang memang kena try Nasi Lemak TJA ni 😍

Actually dorang dah lama terkenal kat Kelantan since mak dorang niaga lagi. Then dorang bawa plak resepi ni ke Kajang-Bangi plak. Makesure korang bebetul lapar lah ye sebab portion dia bagi sangatlah banyak 😂

For those yang nak try Nasi Lemak TJA ni boleh lah walk in ke kedai dia. Buat masa ni dorang takde pekerja, tiada selivery dan takde banyak meja untuk dine-in. Almaklumlah baru buka kedai kan. So aku prefer korang take away je ye 😁👍

Apa2 korang boleh wasap :
Reko Sentral 6, Jalan Reko Sentral
43000 Kajang, Selangor

 

Google Maps

 

Waktu operasi
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 6PM hingga 12AM
(Habis awal tutup awal)