Select Page

Amacam terkejut tak nasi lemak royal Kedah dah ada dekat Kajang? Aku lagi la terkejut masa nak bayar menu2 yang aku pesan tu. Nasi Lemak Sotong bulat tu baru RM2. Kalau add on telur rebus dan timun baru RM3.

Nasi Lemak Royal Kedah dengan sebarang lauk semuanya baru RM2 weh. Tapi nasi lemak kosong la (dengan sambal) + satu jenis lauk. Tapi still berbaloi tau. Lauk pun 1 senduk dia bagi. Antara lauk2 yang ada adalah seperti :

• Ayam
• Paru
• Sotong
• Daging
• Bilis

Kalau korang ambil semua kelima2 jenis lauk tu baru RM10 tau 😂

Haha murah kan? Nak kata dorang takde untung, dah 4 tahun dorang survived. Skarang pun dah ada 4 stall dah sekitar Bangi dan Kajang.
Selain Nasi Lemak Royal Kedah, ada gak menu2 lain seperti :
• Nasi/Spaghetti/Mantou Ayam Kicap Berlada (RM8)
• Nasi/Spaghetti/Mantou Ayam Sambal Ijo (RM8)
• Nasi/Spaghetti/Mantou Keli Berlado (RM8)
• Nasi/Spaghetti/Mantou Buttermilk Chicken (RM12)
• Nasi/Spaghetti/Mantou Buttermilk Prawn (RM13)
• Nasi/Spaghetti/Mantou Clams (RM15)
• Kuih muih tradisional
• Bahulu dan Teh

 

western ala hotel di Southville Bangi

Recommended?

Aku suka Nasi Lemak Sambal Sotong, Buttermilk dan Ayam Sambal Ijo. Buttermilk dia creamy bethol dan banyak portion dia even untuk 1 orang makan. Then sambal ijo dia boleh tahan pedas. Rasa nak makan tak berhenti sebab tak nak bagi rasa pedas haha 😂

Cafe dia kemas dan selesa. Kalau korang nak cuba menu2 kat sini atau teringin nak MAKAN BANYAK boleh la singgah makan di sini ye 😁

Lokasi kedai:

MAKAN BANYAK
No 5B-G, LOT 90 KAJANG WATERFRONT,
JALAN S10, 4, Bandar Kajang,
43000 Kajang, Selangor

 

Google Maps:

 

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin dan Ahad minggu pertama & ketiga
Dari pukul 7.30AM hingga 4.30PM
P/s : Nak makan tenang2 datang weekend sebab weekend kurang orang. Then aku ada kongsikan gambar sesenduk lauk RM2 tu 😁👍