Actually aku dah lama nak datang makan Nasi Goreng Udang Beratur akak ni. Actually nama menu dia lain, aku je yang bagi nama macam tu haha. Tempting bethol tengok udang galah besar2 melimpah atas nasi goreng
Serius padu bhai! Udang gemuk2 fresh. Aku kira ada 10 ekor udang atas nasi aku tu. Tenggelam nasi goreng alu kat bawah tu haha
Nasi goreng biasa je tapi sedap. Takyah minta sambal belacan sebab dia dah goreng sekali ngan lada merah pedas. Tapi kalau bebudak makan okay je rasanya. Tak pedas, just asing tepi cili tu je
Harga RM16.90.
Bukan setakat Nasi Goreng Udang Beratur tu je, dia punya Tomyam Seafood pun layan. Pekat lain maciam. Selama ni aku makan jumpa sampah sarap je. Akak ni hidang penuh ngan seafood. Rasa berbaloi keluar duit untuk makan
Pada aku akak ni hebat. Stall akak ni kecik je tapi dia mampu masakkan lebih 120 jenis menu untuk korang! Take time gak la nak decide nak makan apa haha. Jadi rambang mata. Iman kena kuat beb, dah pilih terus duduk kat meja je jangan toleh2 menu kat blakang lagi
Dia merupakan satu2nya kiosk yang masih beroperasi kat Foodcourt Evo Mall tu. Kuat dia bertahan kan? Katanya hujung tahun ni baru foodcourt tu akan berpindah ke Tingkat 1 Evo Mall.
Lokasi kedai: