“Bang kat mana nak cari nasi goreng kampung yang betul2 pedas. Selalunya saya jumpa tak pedas sangat la”
Okay kalau korang cari nasi goreng kampung yang pedas, ada beberapa port yang pernah aku cuba. Tapi yang paling pedas kat Dapur Hati, Foodcourt Teras Jernang. Dia punya level pedas takleh buat main2 bhai
Actually kat sini bukan nasi goreng kampung. Kalau nasi goreng kampung, wajib ada ikan bilis dan kangkung. Nasi goreng kat sini nama dia Nasi Goreng Rancak. Korang siap boleh pilih lagi level pedas dia
Nasi Goreng Rancak kat sini ada beberapa jenis pilihan.
![🌶️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tee/1/16/1f336.png)

Kalau tak silap aku dia guna cili padi hijau siam tu untuk level biasa dan level pedas tu dia guna cili api merah. Aku dah suruh wife aku try yang biasa dulu. Ehh degil dia nak try manjah. Alih2 berair je air mata time makan. Nampak sedih bebenor
Kalau korang rasa tempat lain tak cukup pedas, haa boleh la try nasi goreng kat sini. Boleh la uji tahap kepedasan korang. Tapi janji tau jangan nangis2
Nasi Bujang Ranggi tu kind of Nasi Bujang yang biasa makan time belajar dulu. Cuma Nasi Bujang Ranggi kat sini ada ayam goreng, telur dadar dan kuah kari ikan. Bukan sup kosong
Oh ye untuk student ada diskaun 10% tau. Untuk nikmati diskaun student 10%, korang hanya perlu tunjukkan kat pelajar. 1 student, 1 hidangan dan hanya boleh walk in atau dine in sahaja. Maaf aku dah try bawa kad pelajar aku tahun 2001 dulu tapi tak lepas
![😁](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t4f/1/16/1f601.png)
![👇](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t4f/1/16/1f447.png)
![😁](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t4f/1/16/1f601.png)