Hari ni hari ketiga kita menyambut bulan Ramadan. Kami bawakan cerita menarik untuk bacaan warga Bangi. Betul ke ada nasi ayam murah semurah RM3.33 di Bangi?
Ikuti perkongsian daripada #abangbotak
Akak ngan abang ni jual Nasi Ayam murah RM10/3 pax kat Downtown Jalan Reko, Kajang 😍
Bila aku tanya ada untung ke jual murah? Dia kata lebih kepada sedekah. Kesian katanya pada family yang punya anak ramai. Walaupun tak mampu nak berbuka sedap2, anak2 mereka tetap semangat nak berpuasa 😢
Senarai Bazar Ramadan di Bangi
Lokasi Downtown Jalan Reko. Akak ni meniaga hari2 dari pukul 4PM hingga 7PM. Aku tak nak letak nombor wasap takut tak terkejar akak tu kang 😅
Dari pintu masuk depan tu (tapak no.4 dari depan sebelah kanan), akak tu meniaga sebelah stall ayam goreng.
#BotakMakan
#foodreview
Menarik kan, bagi yang tidak berkemampuan ramai anak dan masih mahu makan sedap, bolehlah cuba nasi ayam dii Downtown Reko ini