3 kali aku datang, 3 kali tu gak la jus avacado ni nak habis. Seyes arr laku keras nih haha. Baru pukul 3PM kot
Sebelum ni bro ni jual kat depan CIMB Seksyen 8 Bangi. Time tu ada 2-3 perisa je. Tapi kali ni dia buat comeback dengan 10 pilihan rasa Lain maciam
Jus avocadoo ni ada peminatnya tersendiri. Personally Jasmeen dan puan isteri pun bukan peminat jus avocadoo tapi dorang boleh terima jus yang bro ni buat. Boleh aku katakan yang dia memang pakar avocado sebab dia tau buah yang macamana sesuai untuk dijadikan jus. Thats why dia guna avocadoo fresh dan restock setiap hari.
Pada jusnya pun dia ada add on sikit susu pekat manis, so kompom boleh masuk tekak semua orang sebab rasanya akan jadi lemak2 manis. Kalau korang nak rasa pure, boleh je request ngan dia taknak campur apa2
Selain tu, kepada yang tak biasa minum jus avocadoo ni, korang kena pilih topping yang sesuai untuk tutup rasa dia tu. Contohnya macam aku haritu, aku letak caramel. Memang tak terasa rasa avocadoo tu. Aku nak letak coffee, coffee plak habis. Laris bethol la haha
Antara perasa-perasa dan topping yang boleh korang cuba seperti :
Original
Chocolate
Gula Melaka
Strawberry
Caramel
Oreo
Dragonfruit
Mango
Milo
Coffee
Aku minum avocadoo ni sebab lawas weh. Senang nak buang air. Abah aku pun aku suruh minum sebab dia susah nak buang air besar. So korang yang ada masalah dengan sistem pelawasan tu, boleh lah cuba juga jus ni! Then bagusnya avocadoo ni dia buatkan korang rasa kenyang
Jom cuba makanan western pulak!
Aku tak sure la kalau dia ada buat delivery, tapi korang boleh lah wasap dan tanya bro Avo Voocadoo dulu ye http://www.wasap.my/+60176770749/nakavocadoo
Lokasi: STALL JUS AVOCADO (Simpang masuk ke Shell Seksyen 7)
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/zPp5xDj5ZUQvxDaQ8
Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 11 pagi hingga 3 petang
#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita