Betul la kata member haritu, nasi goreng abang botak ni memang lain maciam. Tak dinafikan.
Okay, asalnya aku nak turun ngeteh je. So singgah la kejap kat kedai air De’ Noma.
Boleh plak 2-3 kali bau belacan ditumis menusuk2 hidung. Perghh padu bhai!!
Masuk 3-4 kali bersin, haishh takleh jadik ni. Memula Jasmeen anak aku kata sedap baunya. Then puan isteri plak suruh aku order. Konon2 nak merasa katanya. Adoi la mudah terpengaruh bethol
Bila isteri yang ajak, kalah lah aku. So aku pun order ngan abang botak tu nak nasi goreng yang sama macam bau tumis tu. Dia gelak je haha. Dia kata Nasi Goreng Daging tu. Aku minta add on telur dadar. Harga RM8.50. Sebab nasi goreng daging, so rasanya tak pedas mana pun. Dia include sekali ngan sup kosong, sambal belacan, timun dan keropok belinjau.

Seyes rasa nasi goreng dia syahdu bhai. Tak jauh beza ngan nasi goreng kampung pun. Bezanya nasi daging aku tak pedas je Korang tengok warna dia pun dah tau tahap kebelacanannya kan? Hahaha
Selain goreng2, kat D’Sup Abang Botak ni ada sup2 gak. Oh lupa nak bagitau even sup kosong dia pun sedap tau
Kalau korang nak cuba pekena menu2 ni boleh ke gerai D’Sup Abang Botak ye. Tak ramai pun orang kat sana. Kanak2 pun boleh masuk. Sambil2 makan tu boleh la support peniaga2 kat Laman Niaga Komuniti Bangi tu ye. Kesian dorang masih kuat bertahan walaupun tiada pengunjung
Jom makan mee celop qoma https://bandarbarubangicommunity.com/mee-celop-qoma-thai/
Ini nama kedainya: D’Sup Abang Botak, Laman Niaga Komuniti Bangi, Persiaran Kemajuan, 43650 Bangi.
Pinpoint : setentang Hotel Tenera, Bangi
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/rmqEn8ufCvkucTkY9
Waktu operasi: Buka 5PM hingga 11.30PM, setiap hari kecuali Isnin
Update :Nah kot la nak order dan delivery boleh wasap dia ye www.wasap.my/60123486128/nakorder