Select Page

Kata orang2 yang pernah pegi la. Aku paling jauh pun kat Padang Besar je. Nak ke Thai belum rezeki lagi 😂

Aku yang tak pernah ke sempadan pun dah kata sedap inikan plak mereka yang pernah rasa sendiri Mee Celup kat sana kan? 🤭😍

Aku pegi ni pun sebab ramai DM aku suruh aku cuba Mee Celup kat sini. Nama restoran ni QOMA THAI. Ada macam2 jenis menu yang dijual kat sini. Antaranya :

  • Mee Celup
  • Meehun Celup
  • Kuey Teow Celup
  • Maggi Celup (Thai/Kari/Tomyam)
  • Mee/Meehun/Kuey Teow Special
  • Kerabu Maggi
  • Masakan panas (hold sbb xde staf)

Korang boleh pilih sama ada nak daging, ayam atau special. Kalau special tu dia letak la sekali perut dan organ2 dalaman lembu tu. Portion banyak dan puas makan. Nak pedas? Ada 4 pilihan cili/lada untuk korang cuba. Aku add 4 cili/lada sekaligus, amik nok bengkak bibir aku wakaka 🤭😂

Then aku cuba gak rasa kuah dia tanpa cili dan bahan2 lain. Sedap bhai. Entahla rasa dia kick lain maciam 😍

Lagi satu tekstur ayam dan daging dia lambut dan licin kemain. Aku rasa ayam dia tu kalau tak kukus, mesti dia guna certain2 bahagian ayam seperti bahagian peha atau thigh 😍👍

Even meatball dia pun tak rasa dan bau hamis. Sedap 😍👍

Aku order Meehun Celup Ayam + Daging, Kueyteow Celup Ayam, Meehun Celup Special, teh o suam dan ais kosong 2. Total harga RM23. Murah kan? 😍

Aku actually serba salah gak nak share ni 😅

Dorang ada je buat delivery thru FP. Tapi aku takut dorang tak mampu nak handle order sebab akak tu bagitau dia run berdua je dengan anak dia 😅

Buat masa ni dorang takde pekerja lagi untuk bantu. So kalau korang nak cuba, better korang datang dine in kat sini la ye 😁👍

Restoran QOMA THAI36, Jalan Sepakat Indah 1,Taman Sepakat Indah,43000 Kajang, SelangorWaze : https://waze.com/ul/hw282upj0n

Waktu operasiBuka setiap hari kecuali Isnin

Pukul 2PM hingga 10PM