Select Page

Asalnya aku ke sini nak pekena ikan bakar je. Mana la aku tau kat Ikan Bakar Petai Banjir ni ada Dulang Celup Tepung Tranung gak. Adoyai take time gak nak memilih ni. Nak stick dengan niat asal atau nak try menu baru ni? 😅

 

Kalau Talam Seafood ni ada 3 jenis pilihan dan harganya termasuk 3 set nasi ;
👉 Talam Siakap (RM56)
👉 Talam Pari (RM49)

👉 Talam Sotong (RM58)

Untuk setiap talam tu boleh makan untuk 3-4 orang tau. Sebab hari tu kami makan 8 orang so aku order 2 set talam (talam sotong dan talam siakap). Setiap set talam tu didatangkan bersama lala, kupang dan kerang bakar. Dituang dengan pes ikan bakar yang dimasak terlebih dahulu dan ditaburkan di atasnya petai. Perghh syahdu bhai 😍

Eh kalau korang nak minta asing petai atau tak nak petai pun boleh je 😁👍
Lagi syahdu bila mana kerang-kerangan tu di bakar juicy dan tak terlalu kering. Kerang- kerangan dia pun boleh tahan besar gak saiz dia. Adoi tempting sungguh laa 😂🤤

Kalau set Dulang Celup Tepung plak ada ketam, ikan selayang, udang harimau dan sotong. Harga dia berbeza2 mengikut berapa orang makan, bermula dari RM39 sehingga RM79. Dia punya tepung salut seafood dia tu rangup walaupun dibiar lama. Then seafood dia pun fresh2 dan tak berbau. Sos cicah dia pun sedap. Aku diberitahu yang sos dia tu home made dan disediakan sendiri 😍

 

Dulang Celup Tepung:-
👉 Dulang Awang (RM39) 2-3 pax
👉 Dulang Semek (RM59) 3-4 pax

👉 Dulang Mok (RM79) 4-5 pax

So kalau korang diminta buat pilihan, korang rasa mana satu pilihan korang. Tapi bak kata Jasmeen, kenapa perlu buat pilihan kalau dua2 menu boleh dipesan kan? Kan babah dia yang bayar 😂🤦

Kalau korang nak try dine in boleh atau nak delivery pun takde masalah. Boleh roger tuan Pok Rie atau puan Feeza Zahri. Tak pun korang wasap je no kat bawah ni ye 😁👇

Jalan Sungai Ramal Dalam,
Sungai Ramal Dalam,

40300 Kajang, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/2isTrDjsrNNyiNXFA

Waktu Operasi:

Buka setiap hari kecuali Isnin

6.00PM- 9.30PM

P/s : Menu talam dan dulang ni untuk menu malam tau start 6pm – 9.30pm. Bukan tengahari 😂 Ikan Bakar Petai Banjir dah buka sampai malam 😍

#BotakMakan