Select Page

Alhamdulillah rezeki mak abah aku semalam dapat lah dorang merasa makanan western premium kat Pak Mus BBQ Steak & Grill. Korang dah pernah try kat sini?

Actually bila aku try menu2 kat sini, ia mengingatkan aku pada Tony Romas dan Menate’ Steak House. Dia menggunakan daging2 premium untuk menu2 dia. Kalau korang nak light meal dengan harga bajet pun ada gak. Dorang still menggunakan daging import. Tapi korang jangan complain liat plak sebab memang jauh beza lah tekstur daging biasa dengan daging premium ni haha 😁👍

Harga memang keras sikit la, setanding dengan rasa dia. Daging premium kot. Restoran Pak Mus BBQ Steak & Grill ni pun diusahakan oleh anak muda tempatan je. Tapi nice la jugak kiranya korang adalah pilihan lain kalau nak cuba steak dan daging2 premium ni kan?

So korang nak makan apa? Grain Fed Ribeye, Dorper Lamb Shank, Wagyu Striploin, Nolan Angus Short Ribs, Wagyu Ribeye, Wagyu Beef Ribs, Black Angus Striploin, Black Angus Fingger Steak, Black Angus Ribeye? Semua ada kat sini. Korang just pilih daging yang korang nak, dorang timbang dan preparekan untuk korang. By the way dorang tengah buat promo bulan ni sampai stock habis :

👉 Lamb Rack & Loin 20%
👉 Wa’gyu Beef 15%
👉 Angus Steak 10%
Bukan setakat steak je, kalau korang nak pekena pasta ngan burger pun ada kat sini. Aku dah try Seafood Aglio Olio dan Spaghetti Carbonara dia. Perghh syahdu bhai. Then sos2 dia, whipped potato dan coleslow dia homemade dan sedap 😍
Harga? Okay macam aku makan semalam Lamb Rack harga dia RM100, Nolan Angus Ribeye RM95 dan Nolan Angus Shortribs RM60. Kalau ikutkan harga dan rasa memang affordable 😍👍 Aku amik medium dan medium well so tekstur dia takde la keras sangat dan still juicy.
Dorang pun ada buat delivery juga. Apa2 pun kalau korang nak datang ramai2 atau berkumpulan, boleh wasap terlebih dahulu untuk booking ye supaya dorang boleh prepare stock dan bahan2. Apa2 korang boleh wasap Tuan Naeim Azdzuwal ye 😁👇
Atau korang boleh cuci2 mata dulu tengok menu yang dorang ada sediakan 😁👇
Lokasi:
7525, Jalan Reko,
Taman Perindustrian Kajang,
43650 Kajang, Selangor
Waktu operasi:
Buka setiap hari dari 12TGH hingga 11PM