Select Page

Haritu aku ternampak posting tuan Asraff Jeffery pasal restoran makanan Jepun halal dia di Samurai Yakiniku kat Seksyen 15 Bangi. Sebab dia bagitau yang makanan Jepun dia halal dan milik 100% Melayu Muslim so kuatlah keyakinan aku nak pergi. Susah nak jumpa makanan Jepun yang diyakini halal dan milik bumiputera di Klang Valley ni 😍

Masuk2 je aku impressed sebab vibes restoran dia macam restoran Jepun. Cumanya kita taklah duduk bersila haha. Masih atas kerusi lagi 😂

Ada ruang untuk BBQ dan ada ruang tanpa BBQ. Ruang tanpa BBQ lebih sejuk, almaklumlah takde bakar2 kan 😂

port nasi berlauk warung da’enie kajang

Setelah staf dia suggest, aku pun try la beberapa menu. Al-maklumlah baru 1st time ke sini kan 😅

Antara menu2 yang aku cuba antaranya :
• Samurai signature Wagyu (RM219)
• Wagyu Skewer (RM19)
• Lemak Wagyu (RM10)
• Samurai Jigoku Ramen (RM22.90)
• Samurai Karaage 6 pcs (RM10)
• Samurai sparkling (RM9.90)

Sedap menu2 yang staf tu recommend lebih2 lagi menu2 berasaskan dagingnya. Kat sini bukan setakat daging premium je tau, ada je daging biasa. Then dia punya sos BBQ dan sos pedasnya memang terbaik 😍

Link betul bila dicicah dengan daging2 dia tu 🤤

Tapi wife dan anak aku suka ramen dia.

pikat suami dengan 7 tips tampil menarik

Wagyu Skewer, Lemak Wagyu semuanya lembut2. Tapi set Samurai Signature Wagyu dia memang terbaiklah sebab ada 3 jenis daging wagyu premium 😍

Dalam set tu ada :
• Wagyu Gold
• Wagyu Silver
• Meltique Beef

Sekali sekala nak reward Jasmeen sebab selalu bantu dan mudahka urusan2 aku. Seronok tengok dia happy 😍

Pada aku harga dia standard untuk menu2 biasa melainkan daging2 premium.

8 makanan bagus untuk ibu hamil

Tapi aku ada nampak banner yang dorang ada gak buat installment kot2 la korang nak makan daging2 premium tu kan. Mana tau wife mengidam teruk nak makan, kita plak belum gaji lagi haha 😂

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan, korang boleh wasap nombor di bawah ni ye 😁👇

Lokasi kedai:
Samurai Yakiniku Bangi
C-11-G Bangi Gateway Shopping Complex
Persiaran Pekeliling Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor

Google Maps

 

Waktu operasi
Buka setiap hari kecuali Rabu
Dari 11.30AM hingga 11PM