Sengaja aku share hari ni sebab aku tau kedai2 atau cafe lain tutup Isnin haha. Kot la korang nak kupi2 ke, nak cari desserts sedap dan pastries boleh la singgah kat SF Kek, Kajang Perdana.
Kind of petite cafe, ia beroperasi di dalam rumah kediaman macam Kopi Jiran. Simple tapi kemas dan bersih. Kat sini ada pelbagai jenis kek, biskut dan pastries yang boleh korang cuba tau. Antaranya adalah seperti :
warna pakaian mengikut hari & psikologi
Dan aneka kerepek. Kek2 dia pun not bad, boleh tahan murah selain sedap dan lembut. Kot la korang nak tempah untuk any occasion ke kan, boleh la try order kat sini. By the way korang kena try dia punya Milky Biscoff Cornflakes. Biskut dia ni ralit aku makan haha. Sedap weh
Selain kek, korang boleh gak pekena Kopi Meta kat sini. RM5 je secawan. Actually kopi sini bukan kopi mesin. Kopi bancuh tapi not bad gak la rasanya. Selain kopi, non coffee macam chocolate caramel pun ada gak. Korang boleh tengok gambar yang aku share tu ye
Lokasi kedai:
SF Kek
No 3, Jalan Kajang Perdana 7,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang, Selangor.
