Select Page

Bazar Ramadan kembali! Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk beribadah pada bulan Ramadan tahun ni. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan ni. Yang paling penting, jelajah bazar!

Uniknya bulan Ramadan ni, ianya dah menjadi kebiasaan menu-menu seperti ayam golek atau ayam percik, tepung pelita, roti john dan colek akan menjadi menu pilihan ramai. Jom kita tengok lokasi-lokasi bazar Ramadan yang ada di Bangi sepanjang bulan Ramadan ni.

Infak Tepung Pelita

LOKASI BAZAR RAMADAN BANGI

Bangi ni merupakan satu kawasan yang luas, tak hairanlah bila bazar Ramadan di Bangi ni lebih dari 5 tempat. Bazar ini dibuka seawal jam 4 petang. Ngam ngam orang balik kerja waktu Ramadan. Kalau dah penat-penat kerja, boleh je singgah terus dalam perjalanan pulang. Waktu terluang boleh dipenuhi dengan waktu bersama keluarga atau waktu untuk beribadah.

Iftar Buffet Bangi Golf Resort 

Ini merupakan senarai bazar di Bangi :

  • Seksyen 15 (Flea Market Bangi Gateway)
  • Seksyen 7
  • Seksyen 9
  • Seksyen 4
  • Ramal Indah
  • Seksyen 8
  • Laman Niaga Komuniti
  • Seksyen 3

Bukan satu, bukan dua, tapi lapan lokasi yang boleh dipilih dalam Bangi ni tau. Alamat lengkap untuk setiap tapak bazar boleh didapati di dalam lampiran gambar di bawah okay

Lokasi Bazar Ramadan Bangi

TIPS PEMILIHAN GERAI DI BAZAR RAMADAN

Waktu bulan puasa ni, kita akan cenderung untuk membeli semua makanan yang ada depan mata. Maklumlah, dah berpuasa seharian, makanan ni boleh jadi ‘self-reward’ jugak.

Jadi, bila dah tahu lokasi bazar, kena ambil tahu juga tips pemilihan gerai di bazar Ramadan ni. Ianya bagi mengelakkan perkara yang tak diingini seperti sakit perut, cirit birit dan lain-lain lagi masalah. Dengan ini, kita dapat mengoptimumkan aktiviti beribadah waktu bulan Ramadan.

Antara tips yang perlu di ambil berat ketika membeli di bazar ialah :

  • Gerai bersih dan jauh dari pencemaran seperti longkang dan tong sampah
  • Menutup makanan jualan dengan sempurna
  • Pastikan ais disimpan dalam bekas yang bersih

Tips Bangun Awal Pagi

Jom sama-sama kita memeriahkan bazar Ramadan di Bangi tahun ini. Sambil-sambil berbelanja, ingat-ingatlah kita berpuasa untuk menghayati dan merasai keperitan orang yang lebih susah dari kita. Oleh itu, elakkan Ramadan dari menjadi pesta pembaziran makanan.