Select Page

Kopi tempat lain sedap. Cukup rasa kopi dan susu. Tapi sedap2 dorang, syahdu lagi kopi kat Bun Bun Coffee ni. Bukan setakat balance rasanya, kopi dan susu dia pun pekat kaw. Mantab bhai 😍👍

Even double shot kopi pada latte hazelnut aku pun tak pahit tau. Aku boleh rasa perbezaan antara 1 shot ngan 2 shot coffee dia tapi yang buatkan aku impressed adalah cara joki seimbangkan rasa pahit kopi tu dengan susu. Balance dan sedap rasanya. Hebat joki dia buat kopi 😍

Kalau korang perasan Bun Bun Coffee ni pernah buka tapak kat sebelah tapak Pastafarian cep Amir Muhsin Hisham depan Dapur Sabak Salai SS7 Bangi sebelum ni. Masa tu bulan Ramadhan. Aku sempat la singgah beli kopi untuk moreh 😂

Jasmeen suka repeat air coklat dia. Even tak nak gula, rasa coklat dia pun dah sedap. Lepas Ramadhan dorang fokus meniaga jual kopi dalam botol dan sekarang buka balik kat dalam kedai dobi, sebelah restoran mamak Impian Maju. Harga kopi2 dorang pun tak mahal mana. Tapi klu sekali korang dah rasa, insyaAllah korang akan repeat balik 😍👍

Buat masa ni dorang takde delivery lagi, so korang kena walk in sendiri la ye 😁

By the way korang still wasap untuk sebarang pertanyaan ye 😁👇

http://www.wasap.my/+0102575776/nakkopi

Lokasi : BunBun Coffee G-47, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, Seksyen 7 Bangi, 43650 Selangor.

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/zeqiDwSxnDZsfEAe8

Waze: https://waze.com/ul/hw282gvgc0

Waktu operasi: Setiap hari dari 10 pagi – 10 malam

#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita