Sate willy dah tukar tapak niaganya? Aku baru tau pasal ni weh haha. Patutlah aku suruh adik aku beli sate willy sebelum ni, dia kata tak jumpa2. Sebelum ni kan dorang meniaga kat Urat Keting Seksyen 7 kan? Sekarang ni dorang meniaga kat depan restoran Thai Ikan Bakar, landmark sebelah Mee Hiris Cina Muslim dan OUM Seksyen 7. Area situ2 jugak. Kalau dari tepi jalan besar tu memang boleh nampak jelas dah stall dorang ni 



Untuk korang yang tak tahu, sate willy ni boleh dikatakan saingan sengit juga pada Sate Kajang Hj Samuri yang terkenal tu. Daging sate-nya besar-besar dan juicy, tambah lagi dengan aroma ramuan herba setiap sate tu, bikin terliur je.
Kalau korang nak dine in, boleh lah makan dalam restoran Thai Ikan Bakar tu. Tapi staf dia kata kalau nak request makan kat stall dorang pun boleh hehe. Air korang order lain la kat restoran Thai Ikan Bakar tu ye 



Buat masa ni untuk sate willy ni, dorang ada sate ayam, daging, kambing dan perut. Dorang cover delivery sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Cyberjaya dan KL.


Lokasi:
(sebelah Restoran Mee Hiris Cina Muslim dan OUM Seksyen 7 Bangi)
Google Maps:
Waktu operasi:
Buka setiap hari KECUALI ISNIN
Selasa hingga Jumaat (1.30PM – 10PM)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum (11.30AM – 10PM)