Select Page

Actually cuba korang kongsikan menu2 apa yang menarik dan selalu korang beli kat Food truck PKNS tu? Macam aku hari tu datang ngan family. Dorang order menu seperti :

👉Western Lamb Grill (RM15)
👉Nasi Lemak Ayam Rendang (RM8)
👉Vensia Mac & Cheese (RM16)
👉Ninety Nine Quesadilla (RM13)
👉Mocha Mango Strawberry (RM6)
👉Ayam Gepuk (RM8)
👉Murtabak Hafiz Daging (RM5)
👉Roti John (RM7)
👉Street Kitchen Nasi Lalap (RM8)
👉Char Kuey Teow Kerang (RM7)
👉Kuey Teow Goreng Kerang (RM7)
👉Matrock Ayam Kunyit (RM6.50)

Actually sedap2 menu yang kitorang order. Semua ada rasa. Harga pun affordable. Nak menu3 berat, menu2 santai semua ada. Tempat selesa, tak terlalu crowded, ada ruang luas antara meja dan open air. Ada gak persembahan busker kat situ.

Tapi di antara banyak2 menu ni, aku suka Ayam Gepuk, Nasi Lemak Ayam Rendang, Western Lamb Grill dan Murtabak Hafiz. Ayam Gepuk sebab sambal gesek dia padu, pedas. Nasi Lemak Warisan plak sebab dia guna sambal bawang so rasanya manis2 macam nasi lemak kampung dulu2. Manakala Nasi Ayam Cincang Mat Rock plak sebab sambal dia pedas berdesing. Ayam pun banyak 😍👍

kenduri kopi bangi kini kembali

Untuk Western Lamb Grill plak dia punya kambing tu lembut dan sos blackpepper dia sedap dan Murtabak Hafiz memang feveret aku sejak dulu. Dia punya inti murtabak tebal dan boleh rasa daging2 dia.

Aku berborak ngan peniaga2 kat situ katanya bulan Ramadhan nanti pun dorang buka tau. Sama je masanya dari 6PM hingga 12AM kalau tak silap aku. Kot la korang singgah beli belah kat PKNS tu atau taknak bersesak2 kat bazar Ramadhan, boleh la tapau atau berbuka je kat Foodtruck PKNS tu nanti 😁👍

Lokasi kedai:

Food Truck PKNS
Hadapan Kompleks PKNS,
43650 Bangi, Selangor

Google Maps:

https://maps.app.goo.gl/eQ6yW4RDf8t7TzGv7

Waktu operasi:

Buka setiap hari kecuali ISNIN
Dari pukul 6PM hingga 12AM