Select Page

Khas kepada penggemar kopi dan coffee-lover. Korang pernah try kopi saigon ni tak? Lokasi di Bandar Seri Putra (BSP).

Actually aku pun 1st time cuba kopi Saigon ni tau. Rasanya macam kopi Vietnam yang lain kerana rasa kopinya yang agak ‘keras’ dan kaw. Cuma kopi Saigon ni balance dengan rasa manis dan lemak susunya. Kiranya dia cuba tutup rasa kaw kopi tu tapi at the end korang still boleh rasa pekat kopi tu melekat dalam mulut 😅

Harganya boleh tahan murah gak kalau nak dibandingkan dengan kopi2 hipster yang lain. Menu2 dia semua kopi tau kecuali Matcha Tea je tersesat satu kat situ 😅

tom yam kung & nasi ayam

Kepada penggemar kopi ‘keras’, aku sangat syorkan korang try kopi ni. Ni kalau buat peneman stay up padu ni!! Tapi kalau korang tak biasa minum kopi, better jangan cuba sebab aku ghisau tak bangun plak kang 😂

So Biar acik2 level advance je yang handle kopi ni 😂 Yang nubis boleh try ngan kopi Dutch Lady dulu ye 😂😂😂

Lokasi kedai:
Kopi Saigon Bandar Seri Putra
17, Jalan Seri Putra 1/5,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang,
Kajang.

Google Maps:

 

Waktu operasi:
Buka setiap hari
Dari pukul 10.30AM hingga 9PM
Jumaat 11AM hingga 8PM