Select Page

Pernah datang minum kopi sini? Aku first time datang semalam. Selalu lalu sana tapi tak berkesempatan nak singgah. Ada rezeki semalam, singgah la pekena kupi2 barang secawan dua 😁

Aku suka vibe cafe ni. Luas, selesa dan bersih.

makanan jepun halal bangi

Ada banyak pilihan yang boleh korang cuba. Non-coffee pun ada gak bagi mereka yang tak suka minum kupi ni. Minuman dia tak terlalu keras dan paling penting kurang manis tanpa perlu korang request.

Bagi yang baru berjinak2 nak minum kupi ni, atau tak sukakan rasanya yang keras, boleh cuba kedai ni ye.

Harga pun murah, semuanya bawah RM10 kecuali frappe series RM14.90. Antara best seller coffee :
• Kopi Kisah Kita (RM8.90)
• Kopi Tetap Setia Frappe (RM14.90)
• Kopi Dua Darjat (RM9.50)
• Kopi Janji Manis (RM9.50)

jom pekena lunch di lubook makan king

Selain tu, kat sini ada gak desserts, kek2, roti2, Mac & Cheese, Lasagna, Spaghetti Carbonara dan macam2 lagi. Buat kudap2, berborak sambil tunggu hujan berhenti kan. Pekena plak menu signature kat sini, perghh syahdu bhai 😍

8 inspirasi berkebun bersama anak

Nak order atau delivery boleh klik link di bawah ni ye 😁👇

Lokasi kedai:
Kopi Kisah Kita Southville City
Savanna Lifestyle Shop,
Southville City,
43000 Bangi, Selangor

Google Maps

 

Waktu operasi
Buka setiap hari
Isnin hingga Khamis 10AM-10PM
Jumaat hingga Ahad 10PM-11PM