Select Page

Bukan Creamy Samyang bishe2 tau. Ini Creamy Samyang With 4 Spicy Meatball haha 😍 Asalnya aku nak cari kudap kudapan malam. Pusing punya pusing sampailah aku kat Foodcourt N9, Sg Ramal ni.

Kat situ ada kiosk Ngopi Dulu Yop! Kalau korang nak ngopi malam2, boleh la lepak sini. Actually bukan kopi brew tau. Dia menggunakan kopi serbuk yang dibancuh. Ada banyak gak pilihan minuman. Bukan setakat kopi, minuman lain pun ada seperti Coklat, Strawberi, Avocado dan banyak lagi. Mungkin korang boleh request kurang manis siap2 😁👍

Tapi apa yang aku nak kongsikan kat sini dia punya side dishes. Perghh sempoi bakhang. Tak tau la ni side dishes atau main dishes 😂 Aku rasa penangan dia lebih menyerlah berbanding kopi haha. Antara menu2 yang boleh korang cuba kat sini adalah seperti :

Aku bukan peminat ssamyang sangat. Biasanya menu ni aku serahkan kat Jasmeen je sebab memang feveret dia. Tapi kali ni aku admit yang cheesy ssamyang kat sini memang sedap 😍First time aku layan ssamyang sampai lupa kat Jasmeen 😂

Tekstur ssamyang dia cantik. Tak terlalu lembik dan tak terlalu kenyal. Then pada menu ni dia letak 4 ketul meatball dan meatball dia tu pun tak bau hamis daging 😍👍 Walaupun menggunakan cheese, tapi rasanya tak muak sangat bila dicampurkan sekali dengan serbuk cili. Tak pedas pun dan budak2 boleh makan. Korang request la taknak serbuk cili. Tap aku suggest dia prepare chilli flakes as option untuk tambahkan rasa pedas pada samyang tu. Mesti lagi syahdu bhai 😍

Okay next menu yang aku recommend untuk korang cuba adalah Crack Chicken Cheese With Fries. Untuk set ni ada 3/5/8 ketul ayam dan fries. Setiap saiz hidangan tu berlainan harganya. Ayam dia gemuk2 dan fresh walaupun ayam frozen. Lagi satu dia deep fried kan ayam tu so tekstur bahagian luarnya garing dan bahagian dalamnya juicy. Hidangan ni diletakkan topping cheese dan serbuk cili.

Best part is dia menggunakan cheesy cheese yang pekat likat tau. Ada certain2 stall aku pergi dorang punya cheesy cair. Bila pour atau gaulkan dengan ayam atau fries, teksturnya akan jadi lembik sebab cheese tu cair. Tapi cheese kat sini tak macam tu. Ko biarkan lama pun, rangup ayam dan fries tu kekal sebab cheese tu pekat. Memang puas hati bethol makan lebih2 lagi makan panas2. Perghh syahdu 😂😍👍

Dia ada buat delivery gak tapi thru Grabfood je. Dorang meniaga dua beranak je so kalau lambat tu harap bersabar la ye 😂 Kalau korang nak try, boleh wasap puan Imazara Zaki di bawah ni 😁👇
www.wasap.my/60174040001/nakorder

Ngopi duluu yop
N9 Foodcourt,
Kampung Sungai Ramal,
43000 Kajang, Selangor
(foodcourt setentang Shell Sg Ramal Dalam)

Google maps:
https://maps.app.goo.gl/xvBQ4LfuqL6raHVc7

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Rabu
Dari jam 3 pm hingga 10.30 pm
Rate: 3/5 ⭐
P/s: Nak pekena air tangan anak Jamal Abdillah? Haa meh datang sini 😂

Anda juga mungkin meminati: Roti Tempayan Cheese