Aku ke sini sebab rindu nak makan nasi kenduri sebenarnya. Lama weh tak pekena Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Acar Nenas, Acar Sayur. Haishh craving plak tetiba
Actually kat Kenduri Palace Restaurant ni bukan setakat ada Nasi Lemak je tau. Dia ada menu nasi putih, Nasi Lemak, sate dan mee jugak. Semua menu2 tu didatangkan bersama pelbagai variasi lauk2 ala kenduri seperti Ayam Merah Madu, Ayam Goreng Berempah dan Rendang Daging.
Personally aku kata menu2 kat sini semuanya sedap2 weh. Aku recommend korang try Nasi Minyak Ayam Merah Madu dia. Ayam dia digoreng dan bila ada order masuk baru dorang dip dalam kuah merah madu dia. So tekstur ayam dia tu kekal garing dan tak lembik sebab terendam dalam kuah. Kuah merah madu dia sedap. Bukan macam kuah masak merah biasa. Lain daripada yang pernah aku makan sebelum ni
Then 2nd menu yang aku nak korang cuba kalau ke sini adalah Rendang Daging dia. Apa2 menu sahaja asalkan lauk dia Rendang Daging haha. Aku suka tekstur daging dia yang empuk. Banyak plak tu
Korang boleh try Nasi Putih Rendang Daging, Nasi Lemak Rendang Daging atau Nasi Minyak Rendang Daging. Ikutlah citarasa korang suka yang mana satu. Kalau pekena Nasi Lemak Rendang Daging pun syahdu sebab sambal nasi lemak dia pun boleh tahan sedap
Kuah Mee Rebus dia pekat likat. Ada udang goreng seekor. Condiment semua lengkap dengan telur rebus, lada hijau, tauhu, ayam, taugeh dan limau. Mula2 aku rasa kuah dia macam tawar sikit. Tapi bila aku gaulkan dengan sambal dia tu, rasanya dah mula blend. Then lepas aku perah limau kasturi, dia punya rasa baru ada mari
Dia asingkan sambal sebab ada customer2 yang tak suka rasa pedas. Mungkin untuk anak2 kan.Satay – satay kambing dia mabeles! Perapan satay kambing dia sedap, boleh terasa sampai ke dalam. Dapat plak cicah dengan kuah kacang pekat dan kasar macam ni, perghh memang syahdu la weh. Memang feveret puan isteri la jawabnya sebab sama macam tekstur kuah kacang abah dia buat. Abah dia pun jual sate kat Rompin.
Portion sepinggan/semangkuk menu dia banyak. Aku boleh katakan sepinggan tu cukup untuk 2 orang makan tau. Jangan kata aku, customer2 lain pun pakat bungkus baki makanan bawa balik haha
Air fruit juice dia pekat dan manis. Dia hidang satu jug terus untuk 4 orang minum. The kalau air korang habis, korang boleh refill dengan 3 jenis air kordial kat kaunter tu tau. Free flow
Walaupun menu2 dia berkonsep siap dihidang, namun masih kekal panas ye sewaktu dihidang kepada customer. Harga dia mahal sikit dari tempat lain tapi serious memang berbaloi sebab rasa dan portion dia yang banyak. Saiz ayam, daging memang besar dan banyak dia bagi So kalau korang jenis makan sikit, mohon kongsi ngan orang lain la ye
Ruang makan dia luas dan selesa, berhawa dingin. Korang pun boleh lihat proses penyediaan menu2 di dapur sebab dapur dorang berkonsepkan open kitchen. Untuk weekdays dari Isnin hingga Khamis, pukul 11.30AM hingga 3.30PM.
Korang boleh nikmati set Nasi Minyak Ayam Masak Merah Madu dan Air Kordial pada harga RM9.90 sahaja. Kenduri Palace Restaurant ni selalu full bila lunch hour tau. Rezeki aku hari tu datang awal pukul 11AM. Aku tengok start pukul 12 tgh orang dah start memenuhi restoran.
Parkir terhad kat luar bahagian luar, tapi tak pasti plak aku boleh tak parkir di dalam bangunan.So kalau korang nak buat tempahan dine in atau sebarang majlis, boleh je wasap www.wasap.my/60104345849/nakbooking
Lokasi:
Kenduri Palace
Unit LG-02, Sunway Gandaria,
Jalan Medan PB2, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/V8Fq372CLTPKSidX6
Waktu Operasi:
Sabtu hingga Khamis (10AM – 10PM)
Jumaat (3PM – 10PM)
PROMO WEEKDAYS:
Nasi Minyak Ayam Merah Madu + Kordial (RM9.90)
Dari 11.30AM hingga 3.30PM
Rate : 4/5
#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita #AllahJagaKita