Kenduri Kopi Bangi yang pernah hangat diperkatakan oleh sekelompok masyarakat setempat tahun lalu terutamanya di kawasan sekitar Bangi, telah berjaya mencapai sasarannya untuk menarik perhatian peminat baru kopi, sekaligus memberi peluang besar kepada peniaga tempatan.
Kini, acara yang dijangka bakal diadakan secara tahunan itu akan kembali lagi dengan susun atur program yang lebih menarik dan vendor yang lebih berpengalaman.
Pelbagai reaksi dan testimoni positif khususya telah diberikan oleh pengunjung yang hadir serta peniaga yang telah terlibat sama dalam menyempurnakan Kenduri Kopi Bangi musim lalu.
Pengunjung yang hadir juga dapat merasai sendiri kepelbagaian rasa kopi-kopi yang dijual dan membezakan setiap jenis kopi yang ada.
Tidak kurang juga, terdapat para vendor lepas yang memperoleh agen dan stokis baharu yang berminat mengembangkan lagi cawangan kopi sedia ada ke tempat lain kerana melihat potensi yang besar setelah merasai keenakan kopi ketika program itu berlangsung.
Hal ini sedikit sebanyak telah membantu para peniaga tempatan untuk mengembangkan perniagaan dan memperoleh kenalan baru dalam dunia perniagaan selain meningkatkan hasil jualan yang berlipat kali ganda.
Ia sesuai dengan matlamat utama program tersebut yang bertujuan untuk membantu serta memberi peluang kepada para peniaga tempatan untuk berkembang seiring perniagaan lain di luar sana.
Jika diikutkan, setiap kualiti produk tempatan yang terhasil ini adalah lebih bagus atau setaraf dengan perniagaan besar yang lain namun, terdapat beberapa perkara yang mengehadkan perkembangannya. Antaranya termasuklah, kurangnya perhatian dan pendedahan produk kepada umum.
Hal ini kerana kebanyakan vendor tempatan berkemungkinan mempunyai modal yang kurang, kurang kenalan atau juga kurang mahir dalam mempromosikan produk.
Justeru, program Kenduri Kopi Bangi 2.0 ini bakal memberi peluang kepada vendor tempatan untuk memperbaharui segala kekurangan ini dengan kelebihan program ini yang mempunyai ramai pelanggan sedia ada yang sentiasa berkunjung ke Flea Market, Bangi Gateway. Jadi secara langsung, pengunjung yang akan hadir pada 27, 28 dan 29 Mei 2022 akan datang secara automatiknya akan mengetahui dan mengenali jenama-jenama kopi vendor tempatan ini.
Jadi, kami ingin mengajak dan menjemput anda untuk sama-sama hadir ke program Kenduri Kopi Bangi 2.0 pada 27, 28 dan 29 Mei 2022 ini di Flea Market, Bangi Gateway untuk memeriahkan majlis.
Jika berlapangan, boleh sertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan.
Datang jangan tak datang ye!
Untuk sebarang info terkini mengenai Kenduri Kopi Bangi, boleh rujuk pada link di bawah ye.
Anda juga mungkin meminati: Apa Yang Ada di Kenduri Kopi Bangi