Select Page

Pada 5 Mac 2022 berlangsungnya program Kempen #JomSolat yang diadakan di Flea Market Bangi Gateway. Acara yang julung kalinya diadakan ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan walapun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan apda permulaannya

Walaupun bermula agak lewat, cuaca selepas Isya membenarkan acara acara yang padat dengan pengisian untuk para pengunjung. Antara yang menjadi tarikan adalah sesi sembang santai yang begitu padat dengan pengisian

Juga berlangsung solat isya berjemaah di Flea market yang mana pengunjung dan juga peniaga bersama menunaikan solat Isya di dataran Flea Market, sudah pasti keadaan yang jarang berlaku dibuat

Senarai peniaga di Flea Market 2022

Bagi yang ingin membetulkan bacaan AlFatihah juga terdapat pegawai yang sedia mendengar dan membetulkan bacaan Al fatihah kepada pengunjung dan juga peniaga

Amali tayamum dan juga cara mengambil wuduk dengan sempurna menggunakan air yang minimum juga diajar kepada yang berminat untuk mengetahuinya

Secara keseluruhan, acara seperti ini diharap dapat berlangsung lagi supaya kita semua terus bersemangat dalam menuju Ramadan yang akan muncul kurang daripada 30 hari

Terima kasih kepada penganjur utama dan juga sukarelawan yang menjadikan Bangi sebagai destinasi kempen Jom Solat kali ini