Select Page

Biasa aku makan siakap, pari, jenahak kat kedai ikan bakar. Tapi lain plak kat sini sebab ada ikan sebelah, babak, tanda dan bayan 😅 Serius aku tak pernah cuba ikan2 tu. Owner kata ikan bayan paling sedap kalau dibakar 😍 Jasmeen panggil ikan Nemo sebab warna warni 😂

Kalau korang nak cuba, korang boleh try makan kat kedai ikan bakar Restoran Madhani Teras Jernang. Even rasa pes ikan bakar dia pun lain tau. Dia punya konsep ikan bakar sama macam Zul Ikan Bakar yang femes kat Besut, Terengganu. Kuah cicah dia pedas bhai 😍

Lagi satu harga2 ikan dia pun murah tau 😍👍👍

tips datang ke kenduri kopi bangi

Bukan tu je, kat situ korang boleh jumpa pelbagai menu2 rare dan ‘eksotik’ haha 😂 Eksotik aku maksudkan susah nak jumpa kat kedai tomyam lain. Contohnya macam kepah, ekor lembu, gearbox, lidah lembu, belut dan banyak lagi. Cara masak pun ada macam2 kat sini. Best 😍👍

Aku recommend korang try Siakap Madhani. Isi siakap dipotong dadu dan digoreng sebelum di tuang dengan sos manis. Then try gak Lidah Lembu Masak Padprik. Kalau tak bagitau memang aku ingat daging lembu biasa je weh. Then bukan lidah lembu yang kasar tu tau. Tomyam Udang Galah sedap, Padprik Belut sedap, Kepah Masak Kamheong sedap. Ehh senang citer sedap2 la menu kat situ 😂😍

Bulan puasa ni dorang start meniaga pukul 4PM hingga 12AM. Kalau korang nak tempah awal atau nak order siap2 boleh wasap tuan Wangdee Gdie eh 😁👇

www.wasap.my/+60139322533/nakbooking

Lokasi kedai:
Madhani Tomyam
Lot 6304 Jalan Besar Teras Jernang,
43650 Bangi, Selangor

Google maps:
https://maps.app.goo.gl/FWCKqhwYVR5eTmFj7

Waktu operasi:
Buka setiap hari
Dari pukul 4PM hingga 12AM