Select Page
Hari-hari dok berulang alik hantar Jasmeen ke sekolah, sekali restoran Asam Pedas Claypot ni sebelah sekolah dia je haha 😂
Aku perasan ke sebelum ni, tapi tak tau plak situ port asam pedas Melaka. Ini maciam memang kena cuba 😂😍
Killer kat Restoran Lubuk Asam Pedas Claypot ni of course la dia punya asam pedas kan? Ikan Merah yang puan isteri pesan hari tu pun fresh. Dia punya asam pedas versi Melaka. Kuahnya pekat2 dan masam2 gitu. Perghh syahdu. Kena plak dengan beberapa pilihan bahan untuk asam pedas tu antaranya :
👉 Kembong
👉 Pari
👉 Parang
👉 Senangin
👉 Bawal Emas
👉 Tenggiri
👉 Patin
👉 Jenahak /Kepala Jenahak
👉 Merah /Kepala Merah
👉 Mayong / Telur Mayong
👉 Sotong
👉 Ayam
👉 Tetel
Bukan setakat bahan2 untuk asam pedas tu je, malah kuah asam pedas pun korang boleh pilih tau  😍
Korang nak kuah yang macamana? Nak original melaka? Nak asam pedas Johor? Nak jenis yang berempah atau asam pedas cili padi? Ke nak yang rebus atau asam pedas untuk kanak2? Haa semuanya ada kat sini. Korang tinggal nak pilih je 👍 😍
Then menu lain yang aku recommend korang cuba adalah Nasi Goreng Kambing dia. Nasi Goreng Kambing dia ni pernah viral tau sebelum ni 😍
Sedap bhai, tak pedas dan sesuai untuk kanak2. Daging kambing dia dipotong kecil dan dimasak sekali bersama nasi goreng tu. Daging kambing dia pun tak berbau hamis. Eh Patin Masak Tempoyak pun ada gak la. Patin sangkar Sungai Temerloh yang dimasak cara Kuala Kangsar. Orang Kuale mesti suka ni 😍👍
Okay selain menu asam pedas dan masakan2 panas, kat situ pun ada menu2 western ye. Korang boleh pesan menu2 western ni seawal 12 tengahari tau. Cuma aku je tak sempat nak merasa hari tu. InsyaAllah next time repeat balik for western plak 😍👍
Korang boleh order delivery thru Foodpanda, Grabfood dan Lalamove kalau tak silap aku. So untuk sebarang pesanan korang boleh wasap puan Azua Saffaa ye 👇
Lokasi:
No.2 Jalan Impian Murni 1/4,
Saujana Impian 43000 Kajang,
Selangor
Google Maps:
Waktu operasi:
ISNIN – SABTU (12PM – 11.30PM)
JUMAAT (2PM – 11.30PM)
AHAD CUTI
Anda juga mungkin meminati: Jom belanja di Kopi Treat