Kepada penggemar menu Shellout Premium korang boleh masukkan restoran Dapur PZ Eco Majestic ni dalam list korang sebab selain ada scallop dan seafood lain, dia juga menggunakan udang galah saiz XXXL
Set Shellout yang kitorang makan tu untuk 2 orang makan. Kalau nak set 4-5 pax pun ada gak. Bezanya untuk set 4-5 pax tu ada tambahan sotong XXL
Kuah shellout tu lain maciam dia punya pedas bhai
Kalau korang peminat sos pedas, memang aku recommend korang try Shellout kat sini.
Bukan setakat Shellout dia je, malah menu2 lain seperti Nasi Goreng Udang King dia pun menggunakan udang saiz XXXL. Selain menu shellout, korang pun ada pilihan menu lain seperti western, masakan panas dan Nasi Arab.
Nasi Arab dia versi tempatan. Dia punya acar mentah pun pedas
8 cara terbaik mencari inspirasi deko rumah
Then korang kena try Udang Telur Masin dia. Creamy habis
Kalau korang plan nak makan western, boleh try Chicken Grill dorang sebab set tu kombinasi spaghetti bolognaisse, sosej, meatball dan chicken grill. Besar portion dia.
Kot la korang cari port untuk buat sebarang event kan, boleh masukkan Dapur PZ ni ke dalam list korang. Tempat luas dan selesa. Parkir pun banyak. Apa2 korang boleh wasap nombor di bawah ni ye