Select Page

Dek kerana asyik lalu lalang kat timeline je, akhirnya aku teracun jugak untuk cuba Kacang Pool Ddiana Sudin ni ha 😅

Lokasi di LEYPAQ Cornerz Bandar Bukit Mahkota. Sedap kacang pool dia 😍

makan di aroma ikan bakar

Dia cincang daging fresh tau, bukan daging frozen. No wonder la takde rasa hamis daging tu. Kuah pekat, daging pun banyak. Selain tu kat situ pun ada :

• Nasi Lemak Berlauk
• Roti Bakar Telur Goyang
• Mee Bandung
• Maggi Ketam
• Grilled Burger
• Chicken Chop
• Chicken Wing
• Otak2, pepes & satar
• Masakan panas & Tomyam
• Street Drinks

Kalau korang nak makan smashed burger boleh try kat sini. Patty 130g dia guna. Patty daging dia sedap, lembut. Sos blackpepper dia pun pedas.

Mantap! 😍

ubat melancarkan haid di Watson

Then korang boleh cuba Air Sally Tiktok kat sini haha 😂

Actually Air Sally ni asalnya diperkenalkan kat Stabucks dan pernah viral kat Tiktok sebelum ni tapi korang boleh dapatkannya di sini pada harga RM10 je. Rasanya mewah ngan caramel 😍

Aku diberitahu Nasi Lemak kat sini macam nasi lemak Kg Baru KL dan dorang guna sayur kangkung tau. Pergh susah nak jumpa Nasi Lemak dengan sayur kangkung sekarang ni. Tapi masa aku pergi tu dah habis. Kitorang datang pun gak lewat pukul 9 malam lebih.

Kat LEYPAQ Cornerz tu ada 4 stall dengan pelbagai menu. Akan datang akan masuk stall satay katanya. InsyaAllah ada rezeki boleh datang repeat lagi 😍

Lokasi kedai:

LEYPAQ Cornerz
Jalan BM 2/1,
Bandar Bukit Mahkota,
43000 Kajang, Selangor

 

Waktu operasi
Buka setiap hari kecuali Isnin
(Masakan panas tutup Isnin & Jumaat)
Dari pukul 5.30PM hingga 12AM