Kat Bangi-Kajang ni actually bersepah restoran yang menyajikan menu ikan bakar dan seafood ni. Semuanya sedap2 dan ada peminatnya sendiri. Tapi jika korang minta aku suggest, memang aku akan recommend Ikan Bakar Terangkat kat Sg Merab, Kajang ni
Awal2 lagi aku dah booking nak makan kat Ikan Bakar Terangkat ni. Kalau weekdays pun dah ramai, apatahlagi weekend kan? Dia start ramai lepas maghrib, 8PM onwards. Actually Ikan Bakar Terangkat merupakan salah satu port feveret aku since 2-3 tahun lepas lagi. Bukan setakat aku, malah family aku pun terjebak sama
Selain seafood2 dia yg fresh, dia punya killer adalah pes ikan bakar dorang tu sendiri. Dorang pun ada kilang pemprosesan sendiri pes ikan bakar, siap keluarkan produk lagi. Pes dorang sedap, cukup rasa dan bahan. Bila dibakar ngan ikan tu, garing2 pes ikan bakar tu melekat pada ikan. Aku suka dibakar sedikit garing sebab boleh dapatkan rasa pes yang sebati dengan ikan. Perghh terbaik bak hang dia punya rasa. Kecur balik air liur aku
Then aku nak suggest korang try pahat masak pedas dia. Kuah pahat masak pedas dia umph. Aku suka rasa dia. Kuah dia rasa macam korg makan daging masak merah nasi USA. Haa macam tu la rasanya tapi dimasak bersama pahat. Pahat pun mewah dan fresh. Gemuk2 plak tu
Next dia punya sotong celup tepung. Special sotong celup tepung dia ni, dia punya tepung bancuhan dia tu rangup. Aku rasa aku ratah keropok2 dia tu je haha (sebab sotong habis kat Jasmeen) Ada orang sukakan tekstur tepung sotong celup yang macam cekodok. Terpulang citarasa masing2 kan. Tapi bagi aku, aku lagi prefer macam ni. Rangup2 dan ada banyak serdak keropok
Kat ikan bakar Terangkat ni bukan setakat ada bakar2 je tau, menu2 masakan panas pun ada antaranya :
Daging Hitam Terangkat
Udang Celup Tepung
Kerabu Mangga
Daging Masak Hitam
Tomyam Udang Galah
Ketam Bercili Terangkat
Siakap Masam Manis
Sup Ketam
Seafood Platter
Nasi Goreng Terangkat
Bihun Goreng Terangkat
dan banyak lagi
Lokasinya kat Sg Merab, tak jauh daripada PLPP Bangi. Tapi kalau nak datang malam lepas maghrib, aku suggest korang booking siap2 ye takut ramai orang je nanti.
Apa2 korang boleh WA tuan Nazrin Nasir ye
Lokasi:
No.1, Lot 3083, Jln Ayer Hitam, Kampung Sungai Merab Luar,
43000 Kajang, Selangor
Google Maps:
Waze:
Waktu Operasi:
Buka setiap hari dari 5PM hingga 12AM