Select Page

Weekend hari tu aku bawa mak abah keluar makan lunch. Kebetulan lalu depan CheqMeq Kitchen kat seksyen 7 ni. Aku tak expect plak dorang ada menu2 lain selain menu talam. Ada gak menu2 lunch rupanya 😍

Kiranya siang menu lain, malam plak menu lain. Tapi untuk lunch hari tu kami pesan :

👉┬áRoti Prata Sup Merah Gearbox Kambing (RM13)
👉 Nasi putih & Sotong Sambal (RM17)
👉 Nasi putih & Bawal Goreng (RM12)
👉 Nasi putih & Udang Sambal (RM17)
👉 Nasi Arab & Kambing Bakar (RM22)
👉 Jagung Cincau (RM4)
👉 Bandung Cincau (RM4)
👉 Meq’s Biscoff (RM7.90)
👉 Tembikai Asam Boi (RM4)
👉 Teh Tarik Nyonya (RM4.90)

Dia punya portion lauk banyak tau. Mujur la staf dia inform awal2. Kalau tak aku order sorang satu menu dah haha. Satu menu tu (udang sambal, sotong sambal dan kambing bakar) boleh makan untuk 2 orang. So aku order 3 lauk, makan lunch 6 orang hari tu. Sotong banyak, udang pun besar2 dia bagi. Korang just add on nasi putih je la 😁👍

Killer menu lunch dia ni adalah 2 jenis sambal yang dia provide ni. Sambal uleg dan sambal ijo. Abah aku jawa dan dia sendiri kata dua2 sambal jawa kat CheqMeq Kitchen ni padu. Pedas berdesing. Jadi auto laju je makannya haha 😂

Sup Merah Gearbox Kambing dia sedap. Kind of lamb stew rasanya. Cicah plak ngan roti prata dia. Kambing dia lembut. Perghh syahdu bhai. Kalau korang tak nak makan nasi2, aku recommend korang try menu ni ye 😍👍

Kalau tak silap aku malam plak dorang ada Char Kuew Teow, Nasi Goreng Jamaica, Nasi Lemak Berlauk dan Shell Out Talam. Dorang pun ada buat delivery jugak tau. Apa2 korang boleh wasap Ateh Harun di bawah ni ye 😁👇

www.wasap.my/60126301769/nakorder

Lokasi Kedai:
CheqMeq Kitchen
33, Jalan 7/7c, SEKSYEN 7,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/eFmRBgcCqDiLz6nS7

Waktu operasi:
Buka setiap hari KECUALI RABU
Dari pukul 10AM hingga 10PM