Select Page

Jom jelajah keunikan kopi pada 27, 28 dan 29 Mei 2022 dengan kerjasama BBBC iaitu Bandar Baru Bangi Community bersama pihak Flea Market, Bangi Gateway. Program selama tiga hari ini, usahawan kopi tempatan akan berkumpul pada satu tapak yang membolehkan pengunjung merasai keunikan pelbagaiĀ  jenis kopi dalam satu masa.

Program ini bakal menyajikan pelbagai produk minuman kopi masing-masing sekali gus mempamerkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi.

Program ini akan berlangsung bermula jam 4 petang sehingga 11 malam di Flea Market, Bangi Gateway.

Aktiviti yang tersedia

Pelbagai aktiviti akan berlangsung sempena program berlangsung antaranya termasuklah:

  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan hiasan kopi (coffee art)
  • Sembang kopi
  • Kopi Fun Run
  • Kopi Karaoke

Maklumat tambahan

  • Bayaran kemasukan: MASUK PERCUMA (hanya sebahagian aktiviti sahaja yang memerlukan yuran penyertaan)
  • Tarikh: 27, 28 dan 29 Mei 2022
  • Alamat: Flea Market, Bangi Gateway, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Waze: https://goo.gl/maps/yZCQ8y2VMS4Bmx8n6

 

Haa, jelas tak dengan info yang kami beri?

Jangan lupa untuk tangkap dan rakam seberpaa banyak gambar dan video sebagai kenangan sempena Kenduri Kopi Bangi ini.

Tag kami juga ye jika post!

Untuk sebarang info terkini mengenai Kenduri Kopi Bangi, boleh rujuk pada link di bawah ye.

https://wasap.my/601157852050

Anda juga mungkin meminati: Tips Datang ke Kenduri Kopi Bangi