Pernah tak korang google hotel Bαngi? Carian hotel Bαngi agak popular dalam enjin carian google. Sebab apa ya? antara sebabnya ialah Bangi merupakan tumpuan orang ramai untuk pelbagai aktiviti. Bangi sebenarnya lokasi yang ramai penduduk dan berbilang kaum. Kalau sebut berkenaan makanan pula, haa memang Bangi dikatakan syurga makanan. Banyak pilihan makanan yang boleh didapati di kawasan Bangi. Tuan-tuan dan puan-puan sebut sahaja apa makanan yang diidamkan, besar kemungkinan ada di Bangi makanan tersebut. Menarik kan.
Di bawah ini disertakan hotel hotel yang popular di Bangi. Jom kita tengok ya.
Hotel Tenera – Hotel Bαngi 5 Bintang

pandangan luar hotel tenera Bangi
Hotel Tenera berada berdekatan dengan kilang Hitachi di seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Ianya agak baru dibina berbanding hotel – hotel lain di Bαngi, namun sangat popular sebagai tempat untuk mengadakan pelbagai majlis termasuklah majlis perkahwinan dan juga mesyuarat-mesyuarat penting. Makanannya juga sedap-sedap dan harga yang berpatutan.
Google Maps:
https://goo.gl/maps/FuxbYcFXtTif7RP87
Bangi Resort Hotel

juga dikenali sebagai hotel bangi putrajaya
Bangi Resort Hotel menawarkan pilihan bilik yang sangat luas dan lengkap dengan pakej-pakej menarik yang pastinya menarik perhatian anda. Jika anda antara individu yang sukakan permandangan yang cantik dan menenangkan, boleh cuba menginap di hotel ini yang terletak berdekatan dengan padang golf di Bαngi.
Googel Maps:
https://g.page/BangiResortHotel?share
Avenue Bangi Hotel

banyak parking tersedia di hotel ini
Rata-rata individu yang dah menginap di Avenue Bαngi Hotel ni sangat berpuas hati dengan servis dan kemudahan yang disediakan. Kawasan persekitaran yang sangat strategik , bilik yang luas dan kemudahan asas yang lengkap seperti parking, sangat memudahkan para tetamu. Jadi tunggu apa lagi? Tempah percutian anda sekarang.
Google Maps:
https://g.page/avenuebangihotel?share
Avenue Garden Hotel Bαngi – 4 Bintang

hotel ekslusif di Bangi
Jika anda seorang ibu yang inginkan masa rehat yang berkualiti bersama anak-anak dan juga suami, boleh cuba menginap di Avenue Garden Hotel Bαngi yang terletak berdekatan dengan Bangi Wonderland. Selain dapat istirehat di bilik eksklusif yang luas dan selesa, anda juga dapat meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya disukai anak-anak.
Google Maps:
https://goo.gl/maps/4qCZGbHaW8cNtC8LA
Hotel Sri Minang Guesthouse
Walaupun struktur bangunan Hotel Sri Minang Guesthouse ini sangat unik dan menarik, namun harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Kedudukan hotel yang berada di tengah-tengah tumpuan umum yang berdekatan dengan gerai makan viral dan beberapa homestay tambahan, ia pastinya akan memudahkan anda sepanjang penginapan.
Google Maps:
https://goo.gl/maps/7VtxVxMhx7JHFYcA7
The Loft Plaza Hotel
The Loft Plaza Hotel mempunyai hiasan dalaman yang agak eksklusif dan menarik serta bilik penginapan yang luas dan selesa. Yang paling penting, ramai yang mengatakan hotel ini antara hotel bajet terbaik di kawasan Bangi.
Google Maps:
https://g.page/the-loft-plaza-hotel?share
Bangi Perdana Hotel

hotel bαngi berhampiran flea market
Hotel yang dihubungkan bersama pusat membeli-belah ini terletak di kawasan yang mudah diakses umum. Selain itu, ianya juga terletak berdekatan dengan Bangi Gateway Complex yang mempunyai pelbagai pilihan kedai runcit dan makanan yang menarik.
Google Maps:
https://goo.gl/maps/3DRBFvd5KFSGZexu8
Bangi Gateway Hotel

sambil bercuti kita membeli di sini
Lokasi hotel yang sangat strategik ini menyediakan bilik yang sangat luas dan selesa. Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan menarik termasuklah makanan korea, makanan melayu dan juga western di kedai berdekatan. Jika anda berkunjung ke Bangi, bandar yang penuh dengan butik baju yang popular ini , menempah sebuah bilik di sini merupakan keputusan yang terbaik.
Google Maps:
https://goo.gl/maps/g3n4nUVSBuCoDfaM9
Jadi, itu adalah antara penginapan yang menjadi tarikan umum para pengunjung dan pelancong yang hadir ke Bangi. Keadaan bilik dan hotel yang cantik dan selesa serta kedudukan yang strategik menjadikan hotel hotel ini sentiasa sold out. Untuk pastikan anda tidak ketinggalan, tempah awal bilik dan hotel yang anda inginkan.
Anda juga mungkin meminati: Nasi Kenduri di Kenduri Palace