Select Page

Asalnya aku datang cuci2 mata teman mak aku je. Alih2 boleh plak dia beli rak kaca bwahaha. Aku dah bagitau dia kedai perabot ni berhantu. Dia punya seram tu sampai aku pun terjebak sekali beli penyangkut tas tangan bini aku. Dia offer harga RM50 mana boleh tolak 😂

Tapi seyes kalau korang nak cari perabot2 atau kelengkapan rumah lagi2 nak raya ni kan, memang aku suggest korang ke Expo Perabot Desa Jaya ni je. Macam2 design dan koleksi ada. Sebab kat sini dikira warehouse. Macam2 ada. Dua tingkat plak tu 😂 Lama2 kat sini pun tak elok gak. Dia jadi rambang mata 😂

Kalau nak diikutkan kat sini memang banyak pilihan. Pastu harga yang ditawarkan pun murah berbanding tempat2 lain yang aku pernah pergi. Yang bestnya harga pada item yang korang lihat tu still boleh nego lagi tau 😍 Caj penghantaran sekitar Bangi-Kajang pun RM30 je 😂

tak menyesal singgah salun muslimah ni

Lagi satu kedai perabot ni 100% milik bumiputera dan dah beroperasi sejak tahun 1993 lagi. Cuma satu je kat sini payah parkir. Tapi korang boleh je parkir kat sebelah restoran Thai Pan atau Apartment Saville sebelah traffic light tu.

Ni dorang tengah buat promosi Raya. Aku sempat la snap gambar2 perabot kat situ. Kot la boleh bagi idea kat korang kan nak tukar perabot apa raya nanti. Ehh 😂😂😂

So kalau korang nak tau lebih details tentang perabot atau harga, boleh wasap terus puan Aima Ayob ye 😁👇

 

Expo Perabot Desa Jaya
Lot 657-B, Batu 16 1/4, Jalan Reko, 43000, Kajang, Selangor

 

Google Maps

 

Waktu operasi
Buka setiap hari sepanjang Ramadhan
Dari pukul 8.30AM – 6.30PM
Jumaat 12.30-3PM tutup solat Jumaat