Select Page

Asalnya aku plan nak cari kedai dobi dry clean atau wet clean yang affordable kat area Bangi ni.

Salah satu sebabnya is aku nak jaga kualiti blazer dengan baju korporat dan dalam masa yang sama, aku tak ada masa untuk basuh baju ni guna handwash.

So cari punya cari, banyak servis kedai dobi yang mengecewakan aku. Most of them kotor, bersepah & staff pula tak berapa nak friendly.

Nasib baik ada member aku yang memang selalu guna servis dry/wet cleaning ni. So, dia suggest untuk pergi dobi Lily Laundry Services kat Seksyen 4 Bangi. Bagus katanya.

dobi dry clean

program kelas renang cuti sekolah

Aku pun tak tunggu lama, sebab memang urgent dah nak guna baju. So, terus straight pergi sana.

Tapi serious lah first time sampai tu agak amazed tengok keadaan kedai dia yang bersih, tersusun & kemas berbanding kedai dobi lain yang pernah aku pergi.

Kalau ikutkan, memang aku jarang guna servis dobi yang macam ni, so agak terpinga-pinga lah bila sampai tu. Tak tahu nak ambil servis apa.

dobi dry clean

JENIS CUCIAN BERBEZA MENGIKUT JENIS BAJU

Tapi quite helpful bila staff yang jaga kaunter tu tersangatlah friendly & sudi terangkan satu-satu servis yang diorang ada. Siap tunjuk lagi jenis-jenis baju yang sesuai mengikut jenis cucian tu.

Aku bagi satu contohlah eh. Katanya, baju premium macam baju nikah, tuxedo ataupun blouse yang penuh lace dan manik ni sesuai untukĀ  guna cucian jenis wet cleaning. Yang mana, diorang akan gunakan teknik dan bahan cucian tertentu yang dapat kekalkan warna dan kualiti pakaian.

3 panduan kiraan minggu kehamilan

Sekali gus, dapat naikkan juga warna shining-shining dekat manik-manik baju tu.

So, kilau-kilau dekat baju tu tak hilang ye.

Yelah, kalau nak dibandingkan, sabun untuk cucian biasa ni adalah alkaline-based. Itu yang buatkan baju makin pudar dan kusam. Lama-lama, rosaklah baju.

Untuk harga pulak, ada 2 jenis cara kiraan berbeza mengikut cucian.
– Cucian biasa: Mengikut kiraan timbang
– Wet/dry clean: Mengikut harga per pieces

cabaran usahawan wanita hari ini

EXPRESS SERVICE SIAP HARI YANG SAMA

Oh ye, diorang pun ada provide express service jugak tau. So, korang dah boleh dapat semula baju pada hari yang sama if baju kotor tu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari. Lepas daripada tu, kena ambil keesokan harinya ye. Atau diorang akan whatsapp kita bila baju dah siap.

Aku sebenarnya rasa syukur jugak lah dapat tahu pasal dobi ni sebelum raya. Sebab waktu puasa nanti lah masanya nak hantar baju-baju raya yang penuh dengan manik tu untuk servis wet cleaning macam ni.

Nak basuh sendiri? Memang hancus lah baju tu nanti.

So, kalau korang nak hantar baju raya, make sure paling lambat pun seminggu sebelum raya, okay?

dobi dry clean

And if ada baju-baju premium yang khas digunakan untuk event-event tertentu je & korang tercari-cari dobi dry clean, jom serbu kedai dobi ni!

Kalau ada apa apa pertanyaan, boleh lah contact diorang dekat whatsapp. Tekan link bawah ni, okay?
No whatsapp Lily Laundry Services

Lokasi Kedai:
Lily Laundry Services
39, Jalan 4/11a,
Seksyen 4
Tambahan Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Google Maps:
https://goo.gl/maps/gr7z4qv1yyCBCFPc7

Waktu Operasi:
Buka setiap hari kecuali Jumaat & cuti umum
Dari pukul 9 AM hingga 7 PM
P/s: Bulan puasa dari pukul 9 AM hingga 6.30 PM