Select Page

Sebelum ke Hospital Serdang tengahari tadi aku singgah makan kat gerai D’Maya ShelLaut & Tomyam. Lokasi di level 3 Evo Mall, Bangi.

Dua gambar pertama tu namanya Pattaya Tomyam Special. Nasi Pattaya berkuah dengan seafood masak pedas. Dalam seafood tu ada udang galah, pepahat, kupang, lala dan sotong. Portion 2 orang makan, harga RM18.90.

shellaut

Gambar ke-3 namanya Nasi Goreng Ayam Thai. Harga RM11.90. Rasa nasi dia unik bersama sambal hijau thai. Ayam rasa macam ayam penyet, crispy dan lembut.

friestime cawangan semenyih

Menu gambar ke-4 namanya Kerabu Seafood. Sedap giler mat!! Tak berkuah, rasanya pekat. Ada udang galah, sotong dan lala (kalau tak silap). Lupa plak berapa harga dia. Recommended menu ni 😍👍

shellaut

cabaran usahawan wanita pada hari ini

shellaut

Buka setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 11AM hingga 9PM. Korang boleh ke foodcourt @D’Maya ShelLaut & Tomyam, Tingkat 3 Evo Mall ye.

By the way adik aku dah kembali stabil. Dia dah ditempatkan di wad biasa tadi. Doktor sahkan dia kena alahan dan badannya membengkak. Dia sesak nafas semalam sebab trakea dia bengkak. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah balas jasa kalian semua 🥰🤲