Terkejut betul mak aku bila dapat makanan dekat nasi belauk power food truck ni.
“Allahu banyaknya Long. Betul ke ni?”, ujar mak bila lihat portion Mee Rebus yang aku pesan.
“Haah mak macam tu la portion dia”, balas aku. Aku tak perlu order sebab aku tau aku kena habiskan makanan mak aku, abah dan Jasmeen
Memang dorang takkan habis. Bukan sebab tak sedap tapi portion dia banyak
Dah la tu air free flow dia bagi. Air sirap, teh o, teh tarik dan kopi o kalau tak silap aku. Allahu murahnya rezeki tuan Hisham dan keluarga
Dia meniaga dah lama kat pintu belakang Hospital Kajang tu. Kalau korang nak makan Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari boleh la singgah kat situ. Jangan lupa ayam goreng sebab ayam dia digoreng panas2
borong ikan segar pasar pak aji
Dia buka weekend sahaja ye. Aku share location kat bawah ni. Sama2 support abang Hishamsepein Sham dan family dia. Didoakan semoga Allah murahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik buat isterinya dan permudahkan urusan mereka dunia akhirat