Kalau korang nak pekena roti tempayan Melayu, boleh ke Restoran Sue Kamilah Seksyen 7, Bangi. Jahat roti2 tempayan kat sini. Tinggal je la diet korang tu kat rumah siap2
Ada beberapa jenis variasi roti tempayan kat sini. Ada cheese, ada garlic dan semalam aku try menu baru dorang iaitu mozarella cheese pepperoni. Adoyai panjang nau. Berbelit lidah nyebutnya. Harga baru RM9
Then aku nak recommend korang add on kari kambing. Perghh syahdu bhai Kambing lembut tak berbau hamis. Kuah kari pekat cicah plak ngan roti tempayan dia tu Pergh mantol
By the way kalau korang nak makan versi cheese, aku suggest korang amik cheese biasa je. Cheese biasa pun dah banyak, inikan plak double cheese. Aku makan burn cheese double layer, dah tenggelam rasa roti t aku. Rasa macam makan cheese je haha

