Asalnya aku plan nak ke Gerai Tepi Kebun kat area Sg Kantan, Kajang. Bila sampai sana tengok tempat penuh. Tapi yg buatkan aku sedikit kecewa bila ada sesetengah customer yang dah selesai makan, nampak orang ramai menunggu tapi dia buat keras dok berborak tak nak beredar. Please la common sense sikit. Kalau kedai takde orang xpe ko buat macam tu. Ni ramai kot orang beratur tunggu korang beransur
Nak taknak kami terpaksa cari port lain. Misi mencari sarapan diteruskan. Lokasi Nasi Berlauk Power Foodtruck di belakang pintu masuk Hospital Kajang. Actually kat sini ada beberapa menu sarapan yang boleh korang cuba antaranya :
Nasi Lemak
Nasi Kerabu Belauk
Nasi Belauk
Nasi Dagang
Mee Kari
Mee Rebus
Bestnya kat sini bukan setakat harga makanan dia murah, air pun dia bagi PERCUMA je. Ada 3 pilihan air untuk pelanggan dan ianya FREE FLOW
Kopi O
Teh O
Sirap Ais
Portion menu2 dia pun banyak tau. Aku order Nasi Dagang Ikan Aya. Ikan dia seketul dia bagi. Biasanya aku beli kat tempat lain dia belah2 kecik kan? Lagi satu Nasi Dagang dia ni ada sambal kelapa (serunding kelapa) Then Mee Kari dia lemak pekat sungguh la. Sama la macam Mee Rebus dia. Syahdu
Semoga Allah luaskan lagi rezeki untuk mereka sekeluarga
Nasi Dagang Ikan Aya (RM6)
Mee Kari (RM5)
Mee Rebus (RM5)
Aku share location dia kat bawah ni so esok Ahad boleh la korang terjah hahaha
By the way dia buka weekend je tau. Aku pun tak sure dia ada buat delivery ke tak. Apa2 korang wasap la dia ye
Lokasi:
Nasi Berlauk Power Foodtruck
(setentang pintu belakang Hospital Kajang)
Jalan Timur, Bandar Kajang,
43000 Kajang, Selangor
Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/YafMdJMZFR5VXkLN7
Waktu operasi:
Buka setiap weekend (Sabtu & Ahad shj)
dari pukul 6.00AM hingga 11.00AM
#BotakMakan
#foodreview
#kitasupportkita