Select Page
Biasa aku makan pasta pedas pun Aglio Olio je la pun. Tu pun sebenarnya tak pedas lagi. Kalau guna chilli flakes memang tak pedas langsung. Manjah2 gitu je 😂
 Biasalah tekak jawa ni kalau nak makan, kena pedas2 baru syahdu 😂
Kalau korang craving pasta dengan rasa pedas berdesing, korang patut cuba 2 variasi pasta kat Wingz kat Bangi Gateaway Seksyen 15 ni. Lain maciam bhai. Tak pasti dia guna cili apa tu haha tapi memang tangkap meleleh gak la air mata jantan aku ni 😂
Ada 2 jenis pasta yang aku syorkan korang cuba. Ni untuk mereka yang sukakan pedas je tau.
👉 Spicy Cry Pasta
👉 Pasta Kampung Goreng
Aku ingat boleh handle, sekali berulam air gak bhai lagi2 dia punya Spicy Cry Pasta. Makin lama makan, makin pedas 😂 Aku yang fikirkan balik ni pun boleh rasa lagi dia punya pedas tu 😂 Amacam? Ada bran? 😂
By the way antara 2 pasta ni, aku lagi suka Pasta Kampung Goreng. Bak kata ownernya Didie Bahari pasta ni diinspirasi daripada menu feveret masyarakat Malaysia iaitu Nasi Goreng Kampung. Rasanya sama cuma dalam versi pasta. Pedas gak tapi tak sepedas Spicy Cry Pasta. Tapi dua2 sedap 😍👍👍
Kalau korang amik set, harganya baru RM22 including :
👉 4 pcs chicken
👉 Salad
👉 Soft drink
👉 Fries
Untuk menu kanak2 pun ada gak. Boleh orderkan anak2 korang set Spaghetti Carbonara. Creamy habis spaghetti dia. Memang sedap, Jasmeen pun suka!
Korang boleh refer gambar2 menu yang aku attached tu mana la tau korang nak order lain ke kan?
Korang pun boleh order thru Foodpanda, Grabfood dan Shopeefood ye. Link order aku attached skali kat bawah ni 😁👇
Atau korang boleh dine in di Wingz seperti di alamat tertera di bawah.
Lokasi kedai:
B-18-GF,
Bangi Gateway Shopping Complex,
Persiaran Pekeliling, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari 11AM hingga 10PM
Anda juga mungkin meminati: Aiskrim Padu Nuttchoc Malaysia