Guys hari ni aku nak share hidden gems kat area Teras Jernang, Bangi.
Kalau korang craving nak makan menu masakan panas, tomyam padu, belut dan menu-menu thai yang korang tak pernah jumpa kat restoran lain.. haa korang kena datang ke Madhani Tomyam ni.
Restoran ni baru je bukak sekitar bulan 11 tahun lepas. Kebanyakan yang datang adalah regular customer dia. Tak ramai yang tau kewujudan dia sblm ni dan paling rare kat sini menhidangkan menu belut sebagai masakan istimewa
Aku tengok buku menu dia, bapak banyak menu-menu yg aku belum pernah cuba. Owner dia tuan Wangdee Gdie kata sebenarnya ada banyak lagi menu-menu lain yang dia nak masukkan lagi tapi buat masa ni terpaksa hold dulu sebab PKP. Owner suggest aku try beberapa killer menu restorannya ;
Siakap Stim 3 Rasa
Tulang Goreng Thai
Perut Muda Goreng Thai
Nasi Goreng Kambing
Belut Pad Kheng Keng
Siakap Madhani Special
Try jugak nasi goreng daging berhantu di link ini!
Seriously 1st time aku makan belut ni weh. Xtau la, pada aku, sbnarnya dia takde beza sangat dengan ikan keli cuma saiz lebih kecil. Xde bau hanyir dan bau tanah. Lagipun kat sini dorg prepare fresh2 based on order. Aku siap tengok tong polister hitam penuh ngan belut hidup!!
Then recommended dia punya perut muda goreng thai, lembut macam makan hati ayam. Bersih dan tak berbau. Paling best Siakap Madhani Special dan Siakap Stim 3 Rasa. Perghh bukan setakat orang tua je suka, budak2 pun sama. Laju je makannya
So kalau korang nak try menu2 rare Thai, nak bawak family makan luar aku recommend korang ke Restoran Madhani ni ye
Kalau korang nak delivery pun boleh. Klik je whatsapp link kat bawah ni:-
Whatsapp: http://www.wasap.my/60139322533/madhanitomyam
Lokasi: Madhani Tomyam: https://maps.app.goo.gl/dAEo96dKfaYmAthZ6
Update: Madhani Tomyam dah pindah kedai ye tak jauh dari situ. Lokasinya berhampiran 7E Teras Jernang.
Waktu Operasi: Buka 2 petang hingga 10 malam setiap hari.
#BotakMakan #foodreview #kitasapot