Select Page

Sanggup abah aku tak makan semalam semata2 nak makan char kuey teow ni 😂 Memang faveret dia pun. Ramai kata Baam Char Kuey Teow ni sedap lagi2 plak bila aku tau kat situ pun ada menu Lamb Grill ni. Perghh 😍

Aku boleh kata Baam Char Kuey Teow ni antara yang kerap orang recommend kepada mereka yang tercari port2 char kuey teow area Kajang-Bangi. Portion dia besar, cukup rasa dan sedap. Kalau abah aku dah tahap menghirup kuah dia tu maknanya memang lulus la tu haha 😂

Even dia punya Mee Goreng pun sedap tau. Tekstur dia moist2 gitu. Aku tak taula korang tapi aku memang suka mee goreng basah macam ni 😍 Udang dia besar, meatball pun banyak. Pada aku kalau lamb tu dia grill lama sikit lagi syahdu 😁👍

Senarai harga aku attached pada gambar. Dia ada buka 2 cawangan, satu kat Itik Salai Mashtar Sungai Merab dan satu lagi kat Bangi Square Jalan Reko. Yang kat seksyen 7 (depan Restoran Urat Keting) dah tutup ye.

Dorang pun ada buat delivery. Kalau korang nak buat pesanan boleh la wasap Tuan Baam ye 😁👇
www.wasap.my/+60162016583/nakorder

Lokasi:
Baam Char Kuey Teow
Cawangan Bangi Square
7525, Jalan Reko,
Taman Perindustrian Kajang,
43650 Kajang, Selangor.

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/BvovapGJw2UdZm5o7

Cawangan Itik Salai Mashtar
Jalan Aman, Kampung Sungai Merab Luar,
43000 Kajang, Selangor

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/spuNum6gRfWc91e68

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali hari Isnin
Bermula dari pukul 5 pm hingga 10 pm