Kepada peminat2 char kuey teow, apa kata korang try Char Kuey Teow Lubuk Buaya kat seksyen 9, Bangi ni. Kenapa nama dia lubuk buaya? Sebab udang dia banyak dan cantik je tersusun tepi pinggan tu haha.
Setiap hidangan ada 8 ke 10 ekor udang mengikut saiz. Aku rasa saiz L kot. Pejal udang2 dia. Fresh dan juicy. Bukan setakat udang je, kat situ pun ada menu Sotong, Kerang dan Ayam. Tapi menu sotong tu takde la dia bagi sotong seekor. Dia bagi sotong gelang/yang dah dipotong2
Jenama ni ada 3 cawangan buat masa ni. Kat Seksyen 9 Bangi, Seksyen 7 dan Seksyen 13 Shah Alam. Cawangan seksyen 9 tu kat Restoran Kelisa depan Masjid Al Hasanah tu.
jom pekena khayraikanbakar padu
Dorang pun ada buat delivery thru Foodpanda, Grabfood dan Shopeefood tau. Apa2 korang wasap je Aiman Anuar ye kat bawah ni 




Lokasi kedai:
Nadiman Char Kuey Teow
4, Jalan Medan Pb 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Google Maps:
Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Khamis
Dari 4PM hingga 12AM