Select Page

Kenduri Kopi Bangi kini kembali lagi!

Dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan, pasti anda akan teruja dengan kehadiran Kenduri Kopi Bangi 2.0 ini.

Acara yang akan berlangsung pada 27 – 29 Mei ini di Flea Market, Bangi Gateway bakal menampilkan pelbagai barisan peniaga kopi tempatan yang telah lama berkecimpung dalam dunia pembuatan kopi. Jadi, anda pasti tidak kecewa dengan setiap produk kopi yang dijual.

Dari sepekat-pekat kopi kaw sehinggalah flavor yang memerlukan campuran susu dan gula akan tersedia di sini yang membolehkan individu yang tidak meminati kopi untuk turut hadir memeriahkan majlis.

Bukan itu sahaja. Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan setiap lapisan umur juga bakal diadakan sebagai penghibur sampingan tatkala anda menikmati hidangan kopi yang telah dipilih.

Nak tahu cara mudah untuk ke Kenduri Kopi Bangi?
Boleh ikuti cara di bawah.

1.Menggunakan jalan Abu Bakar Baginda

  • Untuk anda yang dari kawasan Teras Jernang atau Abu Bakar Baginda, anda boleh bergerak melalui jalan yang menemukan anda kepada Masjid Teras Jernang.
  • Ambil simpang kanan pada lampu isyarat di hadapan masjid jika anda dari kawasan Teras Jernang manakala ambil simpang kiri jika anda dari kawasan Ostia Bangi. Pada lampu isyarat yang pertama, ambil simpang kanan dan seterusnya simpang kiri selepas melepasi bangunan kediaman Bangi Gateway. Jalan terus sehingga berjumpa roundabout dan ambil exit yang pertama dan cari parking yang sesuai.
  • Pilihan lain: Dari simpang Masjid Teras Jernang, jalan terus sehingga berjumpa roundabout dan ambil exit keempat. Masuk simpang kiri ke persimpangan Bani Gateway dan anda boleh mencari parking yang sesuai.

2. Melalui Bangi Sentral

  • Jika anda dari Bangi Sentral, anda perlu melalui persimpangan di hadapan Masjid Hasanah, Bangi.
  • Jalan terus sehingga menemukan lampu isyarat dengan bangunan Eco Shop di bahagian kiri anda.
  • Ambil jalan terus untuk setiap lampu isyarat selepas itu sehingga bertemu roundabout dan ambil exit kedua.
  • Masuk simpang kiri ke persimpangan Bangi Gateway.

3. Melalui Tol Bangi

Kepada anda yang berada di luar kawasan Bangi dan menggunakan jalan highway Plus, anda boleh keluar ke Bangi melalui exit Plaza Tol Bangi Outbound dan mengikuti beberapa langkah di bawah.

  • ambil exit ketiga di roundabout selepas keluar daripada tol.
  • masuk kiri ke simpang Bangi Gateway (anda boleh perhatikan terdapat shop lot Starbucks di bahagian kiri anda).
  • jalan terus sehingga bertemu roundabout dan ambil exit keempat sebelum masuk ke simpang kiri untuk parking di dalam kawasan Bazar Karat.
  • pilihan lain: parking di dalam bahagian Bangi Gateway

Haa, jelas tak dengan info yang kami beri?

Jangan lupa untuk tangkap dan rakam seberpaa banyak gambar dan video sebagai kenangan sempena Kenduri Kopi Bangi ini.

Tag kami juga ye jika post!

Untuk sebarang info terkini mengenai Kenduri Kopi Bangi, boleh rujuk pada link di bawah ye.

https://wasap.my/601157852050

Anda juga mungkin meminati: Kenduri Kopi Bangi Kembali Lagi!