Select Page

Dah lama mencari cara buat pekasam daging yang paling ringkas dan sedap?

Jangan ingat masakan pekasam ini hanya menggunakan ikan sahaja ye, guna daging pun boleh tau.

Daging pekasam memang sedap. Rasa masam dan masin yang bergabung dengan rasa dagingnya memang tak dapat nak disangkal lagi keenakannya. Yang penting, jangan makan selalu ye lauk ni sebab kandungan garamnya tinggi dan boleh bahayakan kesihatan anda. Makan sekali sahaja je okay?

RESIPI PEKASAM DAGING
Oleh: Bandar Baru Bangi Community

BAHAN:

  • 1 keping daging
  • 1-2 biji limau nipis
  • 1 cawan beras
  • 5 keping asam gelugur
  • Garam kasar secukupnya

resipi siakap 3 rasa paling mudah

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh daging dan hiris nipis. Basuh dengan limau nipis. Jika tiada, boleh guna asam keping, asam jawa atau tepung gandum. Kemudian toskan.
2. Gaulkan daging yang di tos tadi dengan garam kasar dengan secukupnya. Elak letak garam terlalu banyak kerana daging akan jadi terlalu masin. Masukkan juga asam gelugur. Letak dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Keluarkan daging yang diperap dan basuh dengan air bagi menghilangkan lebihan garam. Tos dan ketepikan.4. Ambil kuali dan goreng beras sehingga garing dan keperangan. Pastikan beras tidak hangit supaya rasa pekasam jadi sedap. Beras tidak perlu dibasuh.
5. Bila siap digoreng, tumbuk atau kisar kasar beras tadi.
6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.
7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari.
8. Untuk menikmatinya, panaskan minyak dan goreng hingga garing dan keperangan. Hidangan pekasam daging ini enak dimakan bersama nasi panas.

TIPS:

Resipi pekasam daging ini adalah antara menu yang melengkapkan hidangan. Namun begitu, cara memasak yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah seperti rasa yang terlampau masam dan sebagainya. Antara tip nak kurangkan rasa masam pekasam ini adalah anda perlu basuh dulu daging perkasam tu sebelum dimasak.