Kepada coffee lover, aku detect satu lagi port ngopi dengan interior cun siap ada corndog lagi kat area Sungai Sekamat, Kajang iaitu Street Beans Coffee. Lokasinya sederet dengan Masjid Sungai Sekamat dan kat tepi jalan utama je.
Ada pelbagai variasi kopi kat sini yang boleh korang cuba. Haritu aku try Mocha Hazelnut Frappe dan Biscoff Special Blended Coffee (kalau tak silap aku). Not bad juga rasanya. Aku pernah try kind of Biscoff Coffee sebelum ni kat tempat lain. Rasanya berdebu sebab rasa biskut Biscoff tu termendap di bawah kopi. Tapi Biscoff Coffee kat sini sedap, cuma korang boleh request kurang manis sikit ye.
Speciality kat sini bukan setakat variasi kopi dia je malah ada banyak pilihan pastries dan corndog. Jasmeen masuk2 dah request Chocho Oreo Crumbs. Katanya dia nampak kat TikTok orang makan Tapi berbaloi la aku order sebab memang sedap dan besar saiz dia. Doh dia rangup kat luar dan empuk di dalam. Even moza-cheese dia pun banyak. Recommend untuk korang cuba kalau ke sini
Cafe ni kecil je tapi interior dia cantik dan bersih. Pencahayaan cantik, ada beberapa spot untuk korang dine in dan dihias agar lebih menarik dan selesa. Cuma parkir je terhad. Almaklumlah tepi jalan je kan. Bahagian dalam dia berhawa dingin dan korang boleh order untuk delibery thru Grabfood dan Shopee Food ye.
www.wasap.my/60102424251/nakorder
Street Beans Coffee & Pastries
Lot 1223, Batu 12, Jalan Cheras,
43000 Kajang,
Selangor.
Google maps:
https://maps.app.goo.gl/PdH66wtuqeF5qtaK9
Waktu operasi:
Selasa – Khamis (10 am – 8.30 pm)
Jumaat (10 am – 9.30 pm)
Sabtu & Ahad (9am – 9.30 pm)
Anda juga mungkin meminati: Spagethi Italy Melayu