Select Page

Yup serius aku impressed sebenarnya ngan Rey Coffee ni. Not like tipikal coffee cafe yang pernah aku pergi sebelum ni. Dia punya kopi satu hal, pastu menu2 kat situ pun sama naik weh 😅😍

Kat situ ada banyak pilihan kopi, frappe, chocolate dan tea. Kalau korang penggemar kopi mesin, haa boleh try sini. Then ada pelbagai variasi kek, desserts dan masakan panas. Kek Nutella Double Dark Chocolate dia sedap weh dan besar portion dia 😍

Actually kami paling impressed dia punya set Asam Pedas Ikan Pari (RM15.90). Bukan type asam pedas Melaka sebab rasa masam dia tak kuat. Rasa sebijik macam asam pedas mak aku (versi asam pedas Johor) Ada bendi dan tomato cuma takde daun kesum. Sebab tu aku decide panggil nama dia Asam Pedas Derhaka haha 😂

beli pokok murah setentang hotel tenera

Aku sempat rasa sikit kuah dia. Selebihnya habis puan isteri hirup. Kami sepakat setuju Asam Pedas Ikan Pari kat sini antara yang tersedap pernah kami makan kat Bangi-Kajang ni (ikut selera kami) 😍

Kalau nak tau korang kena cuba sendiri.
Then other recommended menu yang boleh korang cuba adalah seperti :
👉Nasi Goreng Seafood (RM15.90)
👉Classic Nasi Goreng (rasa Nasi Goreng Kampung tapi tak pedas)(RM13.90)
👉Mee Kari (RM15.90)
👉Kuey Teow Goreng (RM14.90)
👉Honey Wings (RM17.90)
👉Chocolate Cheese (RM15)
👉Javachip Frappe (RM14.50)
👉Hot Caramel Macchiato (RM13.50)

8 makanan bagus untuk ibu hamil

Sedap!!

Biasanya kat cafe2 coffee lain dorang hanya panaskan menu yang siap tersedia je kan? Tapi kat sini dorang masak base on order. Dorang memang dah siapkan pes siap2 untuk jimatkan masa. Tapi still boleh kurangkan lagi tempoh menunggu pelanggan untuk menu2 masakan panas insyaAllah. Aku percaya lama2 nanti dah dapat rentak, dorang boleh atasi masalah ni 😁👍

8 tips wanita bekerjaya terus bermotivasi

Rey Coffee ni kat level 1, atas kedai GC Accessories & Repair SS7 Bangi. Boleh dine-in, take away dan delivery. Korang boleh klik link wasap bawah ni untuk order ye 😁👇

ORDER
reycoffee.beepit.com

PERTANYAAN/TEMPAHAN
Lokasi kedai:
60-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
(berdepan dengan Khalifah Jewels)

 

Google Maps:

 

Waktu operasi:
Buka setiap hati kecuali Jumaat
Dari 9AM hingga 10PM