So hari ni aku nak share promo buffet Ramadhan yang akan berlangsung di MZ Garden Hall, Bangi. Tahun 2022 ni menu2 yang dorang ketengahkan berkonsepkan Citarasa 1 Malaysia. Buffet Ramadhan tahun ini akan dilakukan di 3 venue MZ iaitu :
Tempatnya luas, susun atur serba putih yang menarik dan dihiasi dengan bunga2. Parkir banyak, ada kemudahan surau dan tandas. Kapasiti jemaah dalam satu2 masa boleh menempatkan seramai 7 orang.
Ada persembahan busker yang memainkan irama nasyid dan ketuhanan sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ikutkan MZ Garden Hall ni mampu menempatkan sehingga 800 orang tetamu dalam satu2 masa.
Tetapi buat masa ni hanya 400 orang tetamu sahaja yang boleh ditempatkan mengikut SOP yang dikeluarkan KKM.
Antara menu2 yang dorang highlightkan tahun ni antaranya seperti:
– Kambing Golek
– Ikan Bakar
– Chicken Chop
– Roti John
– Char Kuey Teow
– Gulai Daging Kawah
– Sambal Udang Petai
– Roti Jala
– Laksa Kedah
– Lemang
– Kerutuk Daging
– Paru Balado
– Fish Fillet Masak Sos Plum
– Ayam Masak Cili Api
– Terung Berlada.
Selain daripada itu dorang juga ada hidangkan menu2 lain seperti ulam ulaman kampung, kerabu kacang botol, kerabu kaki ayam, kerabu taugeh, tauhu sumbat, sambal tempe, rojak buah, sambal kering, sambal ketuk dan macam2 lagi.
Untuk dessert plak korang boleh cuba Bubur Kacang, ABC, Cendol, Candy Buffet, aneka jenis kek, kuih muih tradisional, agar2, talam keladi, talam berlauk, puding dan banyak lagi.
Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye :
a) MZ CAFE & MZ GARDEN HALL
b) MZ D’TASIK RESTAURANT UNITEN
Anda juga mungkin meminati: Street Beans Coffee & Pastries