Select Page

So yang ni plak aku nak share satu lagi hotel di Bangi yang ada mengadakan promosi buffet Ramadhan iaitu D’Gateaway Perdana Hotel, Seksyen 15 Bangi.

Berkonsepkan menu2 tradisi dan tempatan, ada lebih kurang 50-60 menu disajikan sepanjang bulan Ramadhan ini. Kiranya kalau korang sukakan menu2 dan lauk2 kampung, memang aku suggest korang datang ke sini sebab lauk pauk dia saja aku kira ada 20 jenis hidangan tau. Biasa kat hotel2 lain around 5 ke 6 menu utama je.

 

Antara menu2 yang boleh korang rasa adalah seperti Asam Pedas Ikan Pari, Lemak Tempoyak Ikan Patin, Pajeri Nenas, Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Sambal Udang, Keli Masak Berlada, Padprik Campur, Tomyam Campur, Ikan Masak Sambal, Ayam Masak Kicap, Pucuk Manis Masak Lemak, Kari Terung dan banyak lagi.

 

Antara tarikan lain di buffet Ramadhan ini adalah Kambing Bakar. Korang juga turut dihidangkan aneka jenis kuih muih, air panas dan air balang. Kemudahan surau untuk lelaki dan perempuan pun ada tak jauh dari situ. Toilet di level yang sama dan ruangan parkir kenderaan pun banyak.

Kalau korang nak plan nak buat private buffet atau event persendirian, dorang pun ada sediakan ruangan khas untuk 100 orang tetamu. Kiranya kat situ geng2 korang je la tak bercampur dengan orang lain.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Dewasa RM70
Kanak2 (8-12 tahun) RM48
Warga emas (65 tahun ke atas) RM48

Untuk sebarang tempahan, korang boleh wasap nombor yang tertera di bawah ni ye 😁👇

www.wasap.my/60123983940/bookingiftar

D’Gateaway Perdana Hotel
Plaza Bangi Perdana,
Jalan Gerbang Wawasan 1,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor

Google Maps
https://maps.app.goo.gl/qgm2jxXFqoEoHYTD6

#BotakMakan
#foodreview
#menuramadhan

Anda juga mungkin meminati: Nasi ayam RM 3.33