Select Page

Orang lain dah lama pergi, tapi kami baru sampai hari ni haha. Takpe lah sebab sebelum ni viral kan? So kita bagi keadaan reda dulu 😁

Seronok mak abah aku datang sini. Parkir banyak, tempat luas dan selesa, staf friendly, kipas siling masjid yang besar tu dorang guna, ada banyak meja, ada 3 bilik berhawa dingin, toilet dan surau. Semuanya complete dalam satu tempat 😍👍

Ada macam2 menu bekpes disediakan kat sini. Antaranya :

👉 Nasi Lemak Ayam Berempah

👉 Nasi Goreng Cina

👉 Nasi Goreng Pedas

👉 Mee Goreng

👉 Mihun Goreng Cina

👉 Kuey Teow Goreng

👉 Bubur Nasi

👉 Roti Canai

👉 Mee/Mihun Kari

👉 Mee/Mihun Sup

👉 Colek

👉 Roti Bakar

👉 Coslow & Kentang Putar

👉 Buah buahan

👉 Air Kordial

👉 Kopi dan Teh O Panas

👉 Sosej & scramble egg

👉 Kacang panggang

👉 Aneka jenis bubur

👉 Mushroom soup

👉 Macaroni Goreng

Ni menu2 yang aku pegi pagi tadi tau. Aku diberitahu yang menu2 ni berubah2 setiap hari.

https://bandarbarubangicommunity.com/port-western-syahdu-yang-ramai-tak-tahu-di-bangi/

Untuk menu tengahari plak, dengan mengekalkan harga buffet yang sama iaitu RM15.90 korang boleh nikmati :

👉 3 jenis pilihan nasi

👉 3 jenis pilihan lauk

Tapi pada aku la berbaloi lagi kalau makan breakfast kan sebab banyak pilihan. Pada aku lunch tu terhad menu2 dia sebab kos nak prepare main course dia pun tinggi. But still berbaloi untuk korang cuba. Kalau kat luar puan harga macam tu gak cuma kat sini korang boleh repeat makan dan tambah lauk 😍👍

Aku ada tanya pasal tempahan untuk sebarang acara atau event tadi. Kat situ dorang sewakan bilik berhawa dingin sahaja. Untuk ruangan open air tu hanya untuk pelanggan walk in sahaja.

Ada 3 bilik berhawa dingin disediakan bagi mereka yang plan nak buat event kat situ.

  1. BILIK 60 PAX: Harga RM45/pax (termasuk sewa bilik), menu2 buffet dihidang dalam bilik & boleh dipilih antara breakfast/lunch/hi tea/dinner
  2. BILIK 30 PAX: Harga RM40/pax (termasuk sewa bilik), menu2 buffet dihidang dalam bilik & boleh dipilih antara breakfast/lunch/hi tea/dinner

Waktu operasi: Dibuka bermula 7.30 pagi hingga 4 petang, setiap hari kecuali Isnin

Harga Buffet: Dewasa RM10 (Selasa – Khamis) & RM15.90 (Jumaat – Ahad)

Harga Buffet: Kanak2 RM12.90

Kalau korang nak tempah atau ada sebarang pertanyaan boleh wasap link kat bawah ni ye. Tapi aku tak janji dia balas sebab wasap aku pun dia tak balas2 haha. Tadi pun aku walk in terus tanya kat kaunter 😂 So aku prefer korang datang sendiri la tanya ye 😂👍

Whatsapp: wasap.my/+60172821865Lake House Restaurant

Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waze : https://waze.com/ul/hw282gd9ck

Google Maps :https://maps.app.goo.gl/x5RUhqpGDE3HPDQy5

#BotakMakan#foodreview#kitasupportkita